Jumaat, 13 September 2024

Kilang Sunyi dan Sepi

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini office ada 4 orang sahaja yang masuk bekerja. Pekerja lain pergi team building di Pulau Perhentian termasuk boss satu family. Production pula kena cuti bergaji sebanyak RM 30 sehari. Kami yang kerja di office kena kerja kerana tidak pergi team building.

Sunyi sepi bila production tak kerja.

Bila tiada orang, nak buat kerja pun rasa malas.. haha..

Seorang di sana seorang di sini..

Susah nak dapat suasana begini. Tenang sahaja, jauh dari sebarang bunyi bising mesin:)

Rabu, 11 September 2024

Bawa Bekal Maruku ke Tempat Kerja

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja bagi mereka yang bekerja. Laksanakan tanggungjawab anda dengan baik. Sudah beberapa hari bawa bekal maruku. Selagi tak habis, hari- hari bawa ke tempat kerja. Boleh makan ketika lapar dan ubat hilang mengantuk.

Kawan sekerja berbangsa Cina kata sedap. Boleh buat jual. Pandai betul dia puji. Tinggal lagi 2 balang maruku. Abah suruh bawa semasa family day nanti sebagai portluck. Tapi rasa segan pula. Mungkin bawa makan dalam kereta saja rasanya. 

Ahad, 8 September 2024

Pertama Kali Mencuba Membuat Maruku

Assalamualaikum dan selamat malam. Jam menunjukkan pukul 11.24 malam ketika entri ini ditulis. Sebelum beradu baik menulis dua tiga patah perkataan. Berdebar sebenarnya nak buat maruku. Tetapi rasa teringin sangat nak makan maruku resipi arwah mak. Walaupun tak sesedap arwah mak buat dahulu.

Acuan ini sahaja yang ada walaupun agak tidak sesuai. Bentuk acuan yang sepatutnya telah hilang ketika arwah mak ada lagi. Gunakan acuan yang ada asalkan boleh buat.

Alhamdulillah menjadi juga walaupun rasanya tidak seperti maruku yang dijual dipasaran. Asalkan boleh makan dan ada rasa sudah memadai. Kalau beli dapat sedikit sahaja dan tak puas makan.

Sudah garing dan boleh diangkat. Kuali legend, jangan kecam yer :)

Belum masak lagi, kena tunggu dan dialihkan agar masak sekata. Buat setengah sahaja adunan dari adunan yang sebenar kerana ingin mencuba dahulu. Nak resipi klik di sini.

Acuan maruku peninggalan arwah mak. Masih setia berkhidmat untuk kami sekeluarga :)