Alhamdulillah setelah 5 tahun, berjaya juga mendapat pendapatan dari Google Adsense. Perasaan gembira, berdebar, risau semua ada. Mungkin pertama kali. Risau jika bayaran tidak masuk ke dalam akaun bank. Cara bayaran yang diambil ialah dengan transfer ke akaun bank.
Blog lulus Google Adsense pada 12 Mac 2019 dan bayaran pertama yang diperoleh pada 23 Februari 2024. Hampir 5 tahun juga bersabar untuk mendapatkan hasilnya. Boleh klik di sini untuk melihat entri tersebut.
Sebelum bayaran dikeluarkan, perlu mengisi maklumat cukai pendapatan Amerika Syarikat terlebih dahulu. Mujur terdetik juga rasa di hati untuk mengisinya.
Jumlah pendapatan yang dikumpul sebanyak USD 100.09. Pendapatan bersih yang diperoleh dalam ringgit RM 453.60. Data ini disimpan untuk rujukan pada masa akan datang.