Assalamualaikum dan selamat pagi. Esok cuti, bolehlah tidur lewat sedikit biarpun tidak baik untuk kesihatan. Masa ini sahaja yang ada mood untuk menulis. Oleh kerana seluruh negeri Pulau Pinang tiada air bermula 10 hingga 14 Januari 2024, maka proses penyimpanan air harus dilakukan.
Saya tinggal di Perak tetapi bekerja di Pulau Pinang. Jadi kenalah simpan sedikit air di surau office dan juga tandas. Urusan simpan air di tandas telah dilakukan oleh isteri bos atau pengarah kilang sendiri. Tiada bekas air, jadi perlukan kebijaksanaan untuk menyimpannya. Pekerja takut untuk memandai.
Gambar di atas, cara kami simpan air di surau menggunakan bakul sampah dan juga plastik. Bakul merah dibawa dari rumah kerana risau air simpan tidak mencukupi.
Gambar kedua ini pula di pantri pejabat. Kreatif tak? Guna kerusi plastik dan juga plastik. First time tengok begini. Tak terlintas pula untuk membuatnya. Di tandas juga buat seperti ini.
Sebenarnya air yang disimpan tidak digunakan pun kerana kilang mempunyai tangki simpanan air. Alhamdulillah mencukupi kerana gangguan bekalan air di kilang tidak begitu lama. Air sentiasa ada, hanya flush tandas lelaki sahaja tidak dapat digunakan.