Assalamualaikum dan selamat pagi. Imej diambil pada 5 Jun 2021 yang lalu, ketika arwah mak masih ada. Kami tinggalkan rumah ini sekejap ketika mak mula-mula sakit kaki dan tak boleh berjalan langsung. Pada 5 Jun kami kembali ke sini dengan membawa barang sedikit demi sedikit. Alangkah terkejut dengan adanya bangkai anak kucing merata tempat di dalam bilik. Busuk satu bilik.
Bila pijak di atas lantai terasa kosong dan mahu pecah. Rupanya-rupanya isi di dalam kayu anai-anai telah makan. Cepat betul anai-anai buat kerja. Kami tinggalkan tak sampai setahun pun.
Bila dipecahkan memang kosong. Kayu yang telah rosak.
Kena sapu minyak kerana mungkin ada anai-anai yang masih bersembunyi lagi.
Tempat yang belum kena juga harus disapu untuk mengelak anai-anai berpindah ke tempat lain. Selebihnya berserah pada Allah, moga anai-anai tidak menyerang lagi.