Ahad, 6 November 2022

Mak ditahan di Hospital Parit Buntar

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini sudah hari ke lima mak dimasukkan ke hospital. Masuk pada hari Rabu, 2 November 2022. Pertama kali call ambulans datang ke rumah. Call 999 dan beritahu nak dapatkan perkhidmatan ambulans. Kemudian mereka akan tanya details dan hubungkan dengan klinik kesihatan yang terdekat.

Cepat juga ambulans sampai dan perlu bersedia lebih awal untuk kemaskan barang. Mak demam selama 5 hari, tak mahu makan dan makan ubat. Berbaring sahaja dan tidak boleh untuk tukar lampin. Memang lemah sangat. 

Waktu melawat pesakit di wad. Alhamdulillah, mak ditempatkan di hospital yang dekat iaitu di Parit Buntar. Semoga mak tak ditempatkan di hospital Taiping.

 Makanan hospital yang sudah lama tidak dilihat. Semoga mak cepat sembuh dan semoga Allah memberi kami kekuatan serta kesihatan untuk terus menjaga mak. Ujian ini bukan untuk mak sahaja tetapi ujian untuk kami semua. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Sabtu, 29 Oktober 2022

Ujian Komputer Untuk Mengambil Lesen Kereta... Bila Nak Bersedia?

 Alhamdulillah, banyak perkara telah selesai dilaksanakan pada bulan Oktober ini. Antaranya fire drill atau latihan kebakaran di kilang dan juga family day G-AHZA. Satu sahaja yang belum terlaksana iaitu test komputer untuk mengambil lesen kereta.

Bila usia makin meningkat, membaca dan mengulangkaji pelajaran semakin rumit. Apa yang dibaca sukar untuk diingat. Oleh itu, tiada keberanian untuk menghadapi ujian komputer lagi. Semoga Allah mempermudahkan urusan ini. Amin...

Lesen kereta automatik RM1544, tetapi yang peliknya kenapa di bawah ejen lagi murah? Tak sampai RM1400 berbanding daftar sendiri di pusatnya.

Buku yang harus dibaca. Sentiasa ada disisi tetapi tak pernah sentuh :)

Dengar ceramah pada 24 September 2022 yang lalu. Sampai sekarang masih belum bersedia untuk menduduki ujian komputer. Harap tiada expiredlah ceramah tersebut. Sepatutnya seminggu selepas ceramah, sudah boleh ambil.

Akademi Memandu Perak Utara (AMPU)

Ahad, 16 Oktober 2022

Kenduri Rumah BFF Sempena Ahli Keluarganya Menunaikan Umrah

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hujan di pagi hari ini. Sejuk saja rasa, nak bangun pun susah. Baju yang dibasuh kelmarin pun masih belum kering. Semoga ada sinar mentari di waktu tengahari nanti. Jika tidak habislah baju tidak kering.

Majlis kenduri doa selamat sempena mak, kakak dan adik BFF akan menunaikan umrah. Kenduri pada 17 September 2022 yang lalu. Masa entri ini ditulis keluarganya telah selamat pulang dari menunaikan umrah.

 
Besar juga majlis kendurinya siap pasang dua buah khemah untuk keselesaan.  Juadah pastinya perkhidmatan katering satu orang RM9. Laksa tuan rumah buat sendiri. Ada lagi nak tulis tapi lupa. Itulah tak tulis masa awal. Penting sebagai rujukan.

Siap dapat macam-macam lagi yang menarik. Bukan kita yang bersedekah tapi tuan rumah yang bersedekah. Semoga mereka murah rezeki. Amin.

 
Inilah dia isi dalamnya 
 
Sampul berisi duit pun ada cuma tak ambil gambar. Terima kasih sangat :)