Ahad, 22 September 2019

Nikmat Dunia Part 1

Minggu ini mood tidak baik sangat. Fikiran melayang-layang. Jiwa tak tenteram. Banyak sangat dosa yang telah dilakukan. Badan rasa semacam sangat. Fikiran melayang pada perkara yang tidak baik.

Jauhkan sifat tak baik dalam diri ini. Jauhkanlah dan tenangkan hati yang bergelora ini... Oleh itu, cuba menghabiskan masa dengan menulis dan lari dari fikiran negatif itu. Belek-belek laptop tengok gambar apa yang boleh dibuang. 

masak lemak nangka muda
 Gambar pertama masak lemak nangka muda. Air tangan mak. Nangka muda dari pokok di rumah sendiri. Alhamdulillah...

cucur jagung
 Gambar kedua cucur jagung. Jagung adalah pemberian dari sahabat iaitu Ean. Dia bagi dua tongkol. Apa lagi bolehlah buat cucur... Alhamdulillah...

bubur gandum dengan durian
 Bubur gandum dengan durian. Buat masa nak pergi berkelah di Ban Pecah, Tanjung Piandang. Buat kuew tiaw goreng sekali. Alhamdulillah...

kuew tiaw goreng

Sabtu, 21 September 2019

Hadiah Birthday 2019

Hadiah yang diterima pada tahun ini sempena menyambut kelahiran ke 33 tahun. Sudah tua sebenarnya. Banyak benda yang mudah lupa. Kalau di pejabat ada sahaja yang tak ingat. Maaf kerana banyak menyusahkan orang...


Hadiah yang diterima daripada sahabat baik, Ean. Beg kertasnya pun dah lawa...

 Banyak hadiah dalam beg kertas tersebut...


Inilah dia hadiahnya iaitu beg, frame, bekas makanan dan minyak wangi. Minyak wangi itu limited edition sebab buatan sendiri. Susah nak dapat. Minyak wangi bau harumnya tahan sampai malam. Sayang sangat kalau habis.


Ini pula hadiah dari sahabat baik juga iaitu Ain, bunga sabun. Cantik dan wangi sangat. Hasil tangan kak iparnya.

Terima kasih sahabat kerana masih ingat padaku. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir nyawa dan membawa ke syurga. Amin... Berkongsi untuk kenangan...

Selasa, 10 September 2019

Mendapat Cabutan Bertuah Sempena Family Day GAHZA 2019

Sebelum ini saya pernah merajuk kerana tak pernah mendapat cabutan bertuah langsung di kilang tempatku kerja. Alhamdulillah ada juga rezeki mendapatkannya di tempat lain. Nak tengok entri itu? Klik di sini.


Inilah dia hadiah cabutan bertuah yang diperoleh sempena family day GAHZA 2019. Family Day ini bersama keluarga sebelah abah yang mempunyai 10 orang adik-beradik. Semua adik-beradik pakat berkumpul untuk mengeratkan hubungan persaudaraan.


Ada sejadah di dalamnya. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi rezeki. Adikku yang lelaki juga turut mendapat cabutan bertuah. Hadiahnya jam dinding. Kami berdua sahaja yang dapat dalam keluarga.