Ahad, 12 April 2026

Beli Buah Mangga Lemak Manis di TikTok

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tidur terganggu kerana ada lipas merayap di tangan ketika tidur. Bangun cepat-cepat, buka lampu dan sembur dengan Baygon lipas tersebut. Kemudian baru boleh pukul dengan mudah kerana lipas sudah pening. Mata pun tak jadi nak tidur. Bolehlah update blog dan solat Subuh. 

First time beli buah mangga online. Kira berbaloi juga harga dan kualitinya. Mungkin dapat diskaun dari TikTok. Penghantaran juga percuma. Mangga lemak manis 3 kilo RM11.50 tetapi saya bayar RM5.72 setelah tolak baucar yang ada.

Terbaiklah cara pembungkusannya. Kotak pun jenis kotak tebal yang berkualiti. Saiznya pun sesuai.

Dapat 9 biji kesemuanya. Alhamdulillah...

12 ulasan:

  1. Murah tu 3kg x sampai RM12, tolak pulak diskaun tinggal RM 5 lebih je. Berbaloi

    BalasPadam
  2. Murahnya. Sekarang mudah beli online je lagi murah dari beli kat kedai.

    BalasPadam
  3. murahnya lepas tolak voucher!
    baru tahu tiktok pun ada jual buah2 jugak

    BalasPadam
  4. Boleh beli ya buah di tik tok..wah, segalanya dihujung jari kan..alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. wah murah tu 3 kilo dapat 9 biji

    BalasPadam
  6. untung juga ye beli online ni harga pun murah..berapa hari sampai tu Eyma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli hari itu, esoknya pun sampai. Tak sangka secepat itu.

      Padam
  7. Uwaaaah sedang musim mangga di sana ya kak? Sayapun kalau sedang musim mangga favorit saya, pasti beli juga. Kadang online, kadang offline. Tp lbh sering online, beli dari seller langganan . So far memang puas

    BalasPadam
  8. Sedap ..boleh laa nyicah .. biji nanti boleh laa buat semaian

    BalasPadam
  9. Wow..Sedap ni. Buat jadi pulut manga pun sedap ni =D

    BalasPadam