Jumaat, 14 November 2025

Scam Buah Mangga?

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Rasa macam kena scam, kena pukau dan sebagainya. Tapi tidak pun..hihi.. Kisahnya begini rasa teringin nak beli buahan tapi tak tahu buah apa. Berhenti gerai buah yang pertama tengok segar-segar buahnya. Nanti patah balik baru beli sebab berat. 

Jalan-jalan lagi berhenti gerai buah kedua dan yang terakhir. Tak banyak gerai buah di pasar malam itu. Tengok buah mangga. Memang semua buah mangga sudah buruk. Ada lebam hitam dan lembik. Memang buah mangga itu sudah rosak tapi boleh dimakan lagi dengan membuang bahagian yang rosak.

Pakcik yang menjual beritahu buah ini masih elok dan boleh makan. Buah hitam-hitam ini lagi manis katanya. Saya kata tak naklah sebab dah buruk. Boleh lagi katanya sepinggan RM5 sahaja. Dia suruh pilih nak pinggan yang mana dan bagi lagi extra. 

Balik ke rumah rasa tak lalu pula nak makan mangga itu. Terlalu ranum nak ke masam. Bau pun kurang enak. Kenapalah dalam banyak-banyak buah segar di pasar malam yang buruk juga dipilih? Tapi gerai pakcik ini sahaja yang jual mangga.

Abah tegur, buah mangga disimpan sampai lupa nak makan. Padahal baru sahaja beli abah tak tahu..hihi.. Diamkan sahaja nanti kena gelak dan bebel.

Adik pula kata kena scam sebab tak manis pun buahnya walaupun banyak hitam-hitam. Tak tahulah nak komen apa sebab diri sendiri pun rasa tak lalu nak makan..huhu..

7 ulasan:

  1. Buat juslah kalau dah masak sangat

    BalasPadam
  2. Kadang kadang ada ujian kecil dalam hidup ini, angap telah bersedekah kepada pakcik tu ya...tak apa kita halalkan..Berkat hidup..

    BalasPadam
  3. ketentuan untuk berkongsi rezeki dengan pakcik tu, insyaAllah nanti ada balasan kebaikan yang tidak kita sedari, saat kita dah lupa peristiwa ini..

    BalasPadam
  4. Kadang kita beli sebab nak tolong orang niaga. Niat sedekah je. Kalau saya pun tak tahu nak buat apa dengan buah mangga yang masak ranum.

    BalasPadam
  5. saya tak suka mangga yg terlampau msk, suka yg crunchy2 gitu

    BalasPadam
  6. Kadang terbeli juga sbb kesian tapi kecewa bila jualannya tak memuaskan hati. Mungkin boleh dibuat jus atau sambal mangga. Wpun RM5, sayang juga jika dibuang begitu saja.

    BalasPadam