Isnin, 20 Oktober 2025

Sumbangan Pakaian Terpakai 3.0

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cuti sempena Hari Deepavali. Happy Deepavali diucapkan pada mereka yang merainya. Hari ini hujan lebat. Baru sembang dengan best friend kelmarin, katanya tiap-tiap tahun hari Deepavali mesti hujan. Kesimpulannya jangan buat majlis kenduri semasa hari Deepavali. 😄😄😄

Kelmarin sebelum keluar makan bersama BFF, hantar dulu pakaian terpakai. Dua khemah disediakan untuk menempatkan pakaian dan barangan terpakai ini.

Adik tolong ambilkan gambar. Sumbangan pakaian terpakai wanita lebih banyak daripada pakaian lelaki.
 
Dapat kumpul sedikit sahaja sebab pernah sedekah sebelum ini. Plastik besar ambil dari kilang. Ini pun sudah terasa beratnya.

7 ulasan:

  1. Nampak sgt hobi wanita membeli pakaian dan lelaki tak berapa suka shoping baju bajan. Hihihi

    BalasPadam
  2. bagus ni dpt buat spring cleaning jugak bila ada event sumbangan pakaian terpakai

    BalasPadam
  3. Lipis pun hujan jugak malam tadi. Malam sebelum Deepavali dah start hujan.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, dapat beramal jariah..Happy Deepavali kepada yang merayakan..

    BalasPadam
  5. mungkn dah nak masuk permulaan musim tengkujuh agaknya, tu yang banyak tempat hujan je.. bagus kempen sumbangan pakaian terpakai ni..

    BalasPadam
  6. SA ada seplastik besar nak msukkan dan hantar recycle..ada banyak lagi dalam lemari baju

    BalasPadam