Isnin, 20 Februari 2023

Ubi Kayu Hasil Tanaman Belakang Rumah

 Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pernah makan ubi kayu tak? Kalau masa kecil memang selalu sangat makan ubi kayu. Sekarang ini susah sikit nak dapat kerana khinzir suka kacau pokok ubi kayu yang ditanam. Tak sempat kita nak makan, dia yang ambil dulu.

Ubi kayu ini abah yang tanam di belakang rumah. Alhamdulillah menjadi. Tetapi ini gambar lama bukan yang terkini. Cerita kembali sahaja.

Ubi kayu sedap dibuat kuih bingka, talam ubi kayu, lepat, cucur dan pelbagai lagi.

Dalam peti ais masih ada ubi kayu yang telah diparut. Tak pasti nak buat kuih apa. Esok-esoklah kita fikirkan..hihi..

2 ulasan:

  1. Sama la..pokok ubi kayu Pak Zain tanam kat simpang rumah habis dikerjakan babi hutan...pelik kan...rumah taman pun babi hutan datang kacau

    BalasPadam