Ahad, 19 November 2017

Tamatlah Sudah Drama Mat Rukun di TV9


Sedihnya bila drama kegemaran sudah tamat. Memang best sangat cerita nie. Kelakar habis ceritanya di samping memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan. Semua watak yang dilakonkan memang menjadi. Walaupun watak hantu..hihi...

Cakap Utara mereka juga sedap didengar. Sesungguhnya cakap Utara memang senang ditiru dan dituturkan. Pemandangan Gunung Jerai dan sawah padi yang terbentang luas juga menyejukkan pandangan yang melihat. Cantik betul tempatnya...


Lagu temanya pun best. Semoga ada sambungan untuk drama ini. Mat Rukun 2..hihi... Teringat sangat khemah kecil yang tergantung boleh muat sampai tiga orang. Dengan nampak luas bukan main. Lawak sungguh la... Orang yang tengok sahaja boleh faham apa yang saya maksudkan...

Apa-apapun tahniah kepada mereka yang berjaya menjayakan Slot Kelakarama ini. Terbaik... Rindu pada pelakon-pelakon dalam drama ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan