Sabtu, 18 April 2015

Iman Tidak Dapat Diwarisi


Assalamualaikum....

Cabaran mendidik anak pada zaman ini adalah terlalu mencabar yang memerlukan kesabaran dan perhatian yang tinggi. Pelbagai masalah sosial dan jenayah melanda negara. Pengambilan dadah, meragut, merompak dan juga tidak ketinggalan masalah ketagih air daun ketum. Semua masalah ini merunsingkan ibubapa.

Betullah kata orang iman tidak dapat diwarisi. Ibubapa yang berjaya, soleh dan berilmu belum tentu dapat melahirkan seorang anak berjaya. Ayahnya imam di masjid tetapi anak pula merempit, meragut dan sebagainya.  Jika ayahnya seorang guru belum tentu anaknya akan berjaya dalam pelajaran

Kadang kala lebih mudah mendidik dan mengajar anak orang lain berbanding anak sendiri. Pepatah ada mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Pepatah ini seharusnya dipratikkan ibubapa. Ajarkan anak-anak tentang agama, solat dan akhlak yang baik sejak dari kecil. Pukul jika ingkar akan nasihat. In sha Allah anak tersebut akan menjadi insan bertaqwa. 

SOLAT adalah perkara utama yang harus dititikberatkan. Jika ia dipandang remeh rosaklah seseorang itu. Solat merupakan tiang agama bagi orang Islam dan solatlah yang pertama sekali dihisab di akhirat.

Ibubapa dalam mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi. Jangan putus berdoa. Semoga diberi jalan yang terbaik olehNya. Allah juga sedang menguji ibubapa melalui sikap dan kelakuan anak mereka. Jadi bersabarlah dengan ujian ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan