Assalamualaikum....
Adakah anda pernah didatangi seseorang yang menawarkan kepada anda peraduan gores dan menang? Usah terpedaya kerana itu adalah helah untuk melakukan penipuan. Sesiapa yang rambang mata pasti akan mudah tertipu.
Sindiket ini cuba mengumpan mangsa yang hendak ke bank atau di pusat membeli-belah. Baru-baru ini mereka mensasarkan golongan tua iaitu dari kalangan bapa dan mak kita. Ada juga golongan muda tetapi kebanyakan yang mengadu di facebook mengatakan golongan tua yang menjadi mangsa. Malah, ayah saya sendiri hampir tertipu.
Apabila digores, mereka mengatakan kita telah menang sesuatu hadiah tetapi harus membayar sejumlah wang terlebih dahulu untuk mendapatkan hadiah tersebut. Contohnya kita memenangi hadiah kereta tetapi harus membayar wang GST terlebih dahulu dalam anggaran RM8 hingga RM10 ribu ringgit.
Aduan di facebook pula mengatakan ayahnya juga telah ditipu malah telah membawa ayahnya pulang ke rumah untuk mengambil duit. Ayahnya pula sanggup meninggalkan motosikalnya di pusat membeli belah. Mujurlah ada orang di rumah yang membantu yang mahu lihat lesen perniagaan dan juga kad pengenalannya. Penipu tersebut terus melarikan diri.
Penipuan ini ada di mana-mana sahaja. Ada juga yang datang ke rumah untuk menipu. Berwaspadalah kita agar tidak mudah terpedaya. Orang yang tidak bertanggungjawab mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit.
haih..senang je dapat duit orang sekarang ni
BalasPadam