
Novel Cik Bunga dan Encik Sombong merupakan karya Airisz yang menetap di Taiping, Perak. Penerbitnya pula ialah Karyaseni Sdn. Bhd. Ada dialek Perak Utara dalam novel ini. Ala... macam bahasa orang Kedah juga.
Jadi, orang Kedah dan orang belah Perak Utara lebih mudah faham dan memahami jalan cerita dan bahasanya. Untuk negeri-negeri yang lain bolehlah belajar serba sedikit. Tak susah mana pun untuk memahami kerana sedikit jer loghat @ dialek tersebut ditulis. Jom lihat sinopsis yang terdapat di belakang novel tersebut.
****************
Aku? Aku Intan Asnidar. Mana
cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji
cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada
sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia
pun sedap, Harris Isqandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia
putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia
datang ke kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak
penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat
keempat atau kelima.
Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang
terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah
lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi
paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang
dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia
dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada
sebarang rahsia.”
Terkejut amat aku. Tapi sebelum
tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu
saya!”
Ah! Aku pun tak nak jadi menantu
dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh,
tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut
bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar?
Best drama ni
BalasPadamAmyra rosli berlakon