Rabu, 26 November 2014

Karipap Frozen @ Sejukbeku

Assalamualaikum...

Karipap sejukbeku memang menjadi pilihan utama kepada wanita yang sentiasa sibuk pada masa kini. Malah, suri rumah tangga sepenuh masa juga turut menggemarinya kerana ianya mudah dan cepat untuk disediakan. Apa yang penting ianya sedap dan tidak menjejaskan rasa seperti karipap biasa.

Jadi, kenapa perlu susahkan diri membuat selalu karipap yang terlalu cerewet dan sukar dibuat itu? Di sini saya ingin share cara membuat karipap sejukbeku. Dengan itu, kita hanya perlu berhempas pulas sekali sahaja untuk membuat karipap tetapi dapat menikmati keenakannya banyak kali setelah disejukbeku. Jom lihat resepi karipap dulu. 

Resipi Karipap Inti Ubi Keledek

Bahan untuk Kulit :
500 gram tepung gandum
Sedikit garam 
Air
4-5 sudu minyak atau marjerin (dipanaskan dan biarkan ia sejuk sedikit)


Bahan-bahan untuk Inti :
Ubi keledek (dipotong dadu)
Rempah daging (1 bungkus kecil)
2 sudu besar gula
1 ½ sudu garam halus
Garam secukup rasa
Bawang kecil 2 ulas (dipotong kecil)
Daun Kari
Ikan bilis ditumbuk atau isi ayam dipotong dadu


Cara Membuat Kulit :
1. Masukkan garam dan minyak ke dalam tepung. Gaulkan. 
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.


Cara Membuat Inti :
1. Tumis bawang dan daun kari hingga naik bau. 
2. Masukkan ubi keledek, ikan bilis @ ayam, garam, gula dan sedikit air.
3. Tutup kuali dan hendaklah dikacau selalu.
4. Tunggu hingga ubi empuk dan kering dan tutup api.
5. Kemudian bolehlah dicanai membentuk karipap.


karipap inti ubi keledek

karipap inti ubi keledek


Setelah selesai membuat karipap, goreng karipap tersebut dengan menggunakan api yang perlahan. Goreng sebentar sahaja jangan sampai garing. Cukuplah sekadar tepung di luarnya keras dan tidak akan melekat antara satu sama lain.

Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan ianya sejuk. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk ditempat beku.

Apabila ingin memasaknya, keluarkan karipap tersebut. Biarkan sebentar. Goreng seperti biasa menggunakan api yang sederhana sehingga garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan