Alhamdulillah, selesai sudah bank in cek nuffnang ini. Tiga hari baru boleh dikemaskini buku akaun. Syukur sangat-sangat. 9 bulan juga baru dapat kumpul banyak ini. Susah betul nak dapat duitkan...
Saya dapat cek ini pada awal bulan Februari. Atas sebab-sebab tertentu saya tiada mood untuk update di blog pada ketika itu. Biasalah masalah kesihatan dan masalah tersebut masih juga membelenggu diri ini ketika ini. Harap ianya tidak bertambah teruk dan kembali ok, sihat seperti sediakala. Amin... Kalau tak sihat, sakit itu sakit sini, semua kerja nak dibuat pun tak menjadi.. Tension jer...
Sekarang nie memang susah untuk mendapat CPUV. Blog Sajian Hati mendapat satu sahaja campaign. Blog lain memang tak akan dapat dari dulu lagi..huhu.. Blog ini pula saya letak iklan lain untuk mencuba.. Saja mencuba nasib tetapi blog ini tidak mendapat ramai pengunjung, jadi tidak merasa jugalah pendapatan daripadanya.
Kepada anda yang berjaya mencapai pendapatan yang tinggi melalui blog, marilah berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya 'budak' tak pandai sangat...sekadar mencuba.... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan