Assalammualaikum...
Selamat pagi semua.. Apa khabar? Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan kita mendapat keberkatan daripada-Nya.
Agak pelik tajuk entri saya pada hari ini. Selalunya contest mestilah yang terkini tetapi saya jadikannya sebagai imbas kembali. Mengapa?
Saya ingin mengimbas kembali contest yang telah saya sertai kerana saya rasakan terlalu sayang untuk membuang entri ini begitu sahaja. Kalau dahulu saya menyertai contest di blog yang beralamat http://putribalkish.blogspot.com. Sekarang, saya sudah jadikan blog tersebut sebagai blog sastera di mana saya menghimpunkan hasil-hasil kreatif yang pernah dihasilkan.
Bermakna, sebarang contest yang pernah saya masuki dahulu wajib dibuang. Dalam banyak-banyak entri, entri inilah yang paling saya sayang dan pernah mendapat hadiah saguhati. Jadi ia menjadi kenangan kepada saya.
Oleh itu, saya tampilkan di blog ini pula. Kalau sudi, baca dan komenlah yer..tq.. :)
Nak Join?? Klik di sini |
Tamat pada 31 Ogos 2010
18 Ramadhan 1431 H
Hari ini sudah 18 hari umat Islam berpuasa. Di sini saya ingin menyingkap kenangan Ramadhan dan Syawal semasa saya berumur 9 tahun. Kisahnya biasa sahaja tetapi amat memberi kesan dalam hati sanubariku.
Semasa bulan Ramadhan saya bersama adik selalu mendayung basikal bersiar-siar dalam kampung kami. Setiap pukul 7 pagi apabila cerahnya langit kami akan menghirup udara pagi yang segar. Kami akan bergilir-gilir menunggang basikal. Pada pagi-pagi bulan puasa dirasakan suasana amatlah sunyi. Bebas dari sebarang bunyi terutamanya di kampung. Almaklumlah kampung saya agak jauh juga dari jalan utama. Kalau bukan bulan puasa kami adik-beradik tidak akan keluar pagi-pagi kerana masih lagi di atas katil hehe...
Parit yang berada di tepi jalan rumahku |
Manakala mak saya pula selepas solat dan menyiapkan kerja di rumah terus berkebun di belakang dan di tepi rumah. Mak menanam sayur-sayuran seperti kacang, jagung, cabai dan sebagainya. "Mak kata berkebun kena pagi-pagi kalau nak buat petang takut dah tak larat..Habis pokok mak mati nanti.."
Pemandangan sawah padi yang menyejukkan mata memandang |
Masa bulan puasa mak akan kejutkan kami sekeluarga untuk bersahur....dalam 10 orang adik-beradikku sayalah yang paling liat nak bangun..hehe..sampai banyak kali kena kejutkan....dah la lambat bangun, duduk dalam bilik air bukan main lama sampai ada yang dah siap makan..huhu...
Masa berbuka pula orang lain dah habis makan, tinggal saya seorang yang makan lagi..Lambat sangat ke saya makan???terfikir gak macam tu.. Sampai skrg makan lambat tak tahu naper huhu...Tapi mak yang selalu tunggu dan temankan saya hingga habis makan...
Kenangan Syawal pula ialah masa kecik2 juga .....Kalau tidak bukan la namanya kenangan kecuali yang bersifat special betul2.
Masa raya macam biasa la dekat kampung, mestilah pergi raya dekat rumah jiran-jiran. Motif utamanya adalah untuk mendapatkan duit raya..apalagi...hehe..
Masa dulu-dulu orang bagi 20 sen satu rumah. paling banyak pun seringgit..tapi sikit sangat rumah yang saya pergi dapat seringgit kecuali rumah orang yang agak berada...budak-budak sekarang bertuah sebab paling minima depa dapat seringgit satu rumah..
20 sen |
@
RM1.00 |
Mana yang Menjadi Pilihan???
Sebelum raya, saya dan kawan-kawan dah buat pelan nak pergi rumah yang mana dulu....tak mau terlepas pandang..tapi bila dah raya tak menjadi pun pelan tu..sikit sangat rumah yang dapat pergi kerana keadaan perut yang tidak mengizinkan...hehe...
Orang lain pergi sembahyang raya di surau, saya serta kawan-kawan pergi beraya ke rumah orang. Apabila perut dah penuh baru balik ke rumah untuk mengeluarkan apa yang patut..hehe...
Tapi, walaupun motif pergi beraya untuk mendapatkan duit raya tapi secara tak langsung saya rasakan ada kebaikan di sebalik ziarah-menziarahi di bulan Syawal..
- Pertama, apabila kita pergi beraya ke rumah orang, kita akan mengenali tuan rumah tersebut secara lebih dekat. Kalau tidak, kita tidak akan kenal tuan rumahnya. Kita hanya melihat rumahnya tersergam indah tapi kita tidak tahu pemiliknya.
- Apabila beraya, tuan rumah akan bertanya anak siapa dan datang dari mana?? dan jika tuan rumah mengenali ayah, mak atau keluarga kita mesti mereka akan berkirim salam dan bertanya khabar keluarga kita. Begitulah yang selalu berlaku kepada saya terutama beraya dalam satu kampung....
- Selain itu, tak de memerap kat rumah jer. Tgk tv pastu main..hari-hari lain pun boleh dapat..betul tak???
- Pastu dapat merasakan juadah yang pelbagai yang tidak disediakan kat rumah.
- Akhir sekali, boleh dengar gosip-gosip atau berita terkini tapi yang baik la bila dengar orang tua-tua bersembang contohnya orang kampung yang bernama ???? dapat pergi haji ke...macam tu la.... Pastu leh report kat mak...mak pun kata "oh, ya ka" tapi mak tak percaya gak seratus-peratus. Almaklumlah mulut budak..haha..
Tapi, sekarang nie jenayah penculikan yang semakin menjadi-jadi budak-budak sekarang tak berapa digalakkan untuk pergi beraya terutama ke rumah orang yang tidak dikenali. "Mencegah lebih elok"...
****************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan