Assalamualaikum semua. Pagi-pagi baru internet laju dan boleh buka di laptop. Waktu petang dan malam memang sangat perlahan. Semoga masalah ini tidak berpanjangan. Terpaksa tidur awal kerana tidak boleh scroll TikTok..hihi..
Kuih raya Deepavali untuk tahun ini. Daven beri pada kami yang berada di office. Sama seperti kuih raya kita. Copy and paste sahaja. Kebanyakan kuih dibuat oleh isteri dan anak-anak Daven.
Nak tanya, berani tak makan kuih atau makanan yang dimasak oleh kaum India? Cuba komen. Saya makan juga kuih maruku. Suka akan rasa lemuju yang menyegarkan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan