Jumaat, 5 September 2025

Kenangan Bercuti di Pulau Pangkor

Assalamualaikum semua.. Salam Maulidur Rasul.. Salam Penghulu segala hari, hari Jumaat yang mulia. Percutian ke Pulau Pangkor 2 hari 1 malam pada 21 dan 22 Ogos yang lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah.

Kami naik feri di jeti Lumut. Tiket pergi dan balik RM20 seorang dewasa. Sampai sana kami naik van pink untuk berjalan-jalan di Pulau Pangkor. Satu van untuk kami 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak RM70. Mula-mula harga RM85, minta kurang RM70 tetapi van tiada aircond.  Kami pun setuju asalkan boleh jimat.

Banyak lagi nak cerita sebenarnya. Jika ada masa akan letak lebih banyak gambar tetapi di blog lain.

Shopping di Pulau Pangkor tak sah kalau tak beli coklat.

Harga coklat tersebut, saja simpan untuk tatapan masa hadapan.

Ole-ole untuk 4 sekawan termasuk untuk diri sendiri.

4 pelekat magnet RM10. Cukup untuk kami berempat. Alhamdulillah...

Pasta Cedok Tour By Akak Pasta Cedok

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kisah 23 Ogos 2025 yang lalu. Selepas solat Asar masih di atas sejadah, buka Tiktok sekejap. Tertengok live pasta cedok tour berada di SK Kuala Kurau. Apalagi terus ajak adik pergi.

Sebelum ini pernah nampak dalam live tetapi agak jauh dari rumah. Tak sangka pula sampai di Kuala Kurau.

Masa dalam live tengok orang ramai beratur panjang. Masa kami sampai tinggal sedikit sahaja lagi, tak perlu tunggu lama pun.

Bagus juga buat live orang terdekat boleh datang.

Antara pasta yang dijual. Layanan mesra diberikan kepada pelanggan.

Satu bekas RM10 sahaja. Cedoklah banyak mana pun selagi boleh ditutup.

Hasil campuran semua pasta. Sedap-sedap semuanya. Tak menyesal kalut-kalut bersiap. Pakai pun tudung sarung sahaja.

Kalau datang dekat dengan rumah, insyaAllah boleh beli lagi :)

Khamis, 4 September 2025

Buah Pear Korea

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pertama kali makan buah pear Korea. Beli di Pekan Isnin Tanjung Piandang hari itu.

Adik suruh beli kerana tak pernah rasa. Buahan pelbagai jenis di pekan, susah nak buat pilihan. Jadi beli buah pear Korea dengan limau sahaja.

Buahnya besar, manis dan puas sangat makan. 7 biji RM10. Berbaloi sangat.