Ahad, 17 Ogos 2025

Nak Tukar Bateri Atau Tidak?

Assalamualaikum dan selamat pagi lagi sekali. Diri ini dalam dilema nak tukar bateri handphone atau tidak?

Begini ceritanya, kadang handphone ini suka buat hal tetiba sahaja bateri cepat kong atau kong. Maksudnya contoh dari 50 peratus bateri menjadi 0 dengan cepatnya. Memang nampak pergerakannya. Terlalu cepat tetapi jarang sangat berlaku.

Tapi apa yang selalu diperhatikan terjadinya begitu bila bateri tinggal  40 peratus, saya pergi cas. Cas masuk elok penuh sehingga 100 peratus. Bila sampai tempat kerja dalam pukul 10 pagi begitu, bateri pun kong atau kosong.

Bila perasan begitu tak cas lagi sehingga 30 peratus baru mula cas. Bateri pun jadi elok dan tahan lama. Masalahnya sekarang bagaimana bila keluar berjalan, bateri tinggal sedikit tetapi tak boleh nak cas? Itu kerisauan di hati. Patutnya bila bateri sedikit kena cepat-cepat cas terutama bila jalan jauh dan lama.

Cempedak Goreng Lagi

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Selamat bercuti hujung minggu. Hari untuk rehatkan diri dari kerja hakiki. Rancangan hari ini nak keluar membeli barang. Buahan dalam peti ais juga sudah nak habis. 

Hari Jumaat senja masak lagi cempedak goreng. Abah beli lagi buah cempedak. RM15 sebiji yang dulu RM17 untuk dua biji.

Kali ini tawar sedikit tapi isi tebal. Buah yang dulu lagi manis. Abah suruh masak cepat kerana sudah ranum.

Pagi Sabtu masak nasi goreng ikan. Ada ikan termenung goreng kakak masak. Ikan goreng biasanya tak habis makan, jadi dari elak pembaziran baik buat nasi goreng. Alhamdulillah nasi kali ini habis walaupun makan sampai tengahari:)

Jumaat, 15 Ogos 2025

Meneruskan Kerja Hakiki

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam penghulu segala hari. Hari Jumaat yang mulia. Pagi ini hujan turun membasahi bumi. Alhamdulillah...Hujan rahmat...


Di sini ku hadir meneruskan kerja hakiki. Selagi ada kudrat dan nyawa yang diberi. Alhamdulillah.. Semoga bahagia dan ceria selalu...