Isnin, 30 Jun 2025

Menggantung Kad Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini ambil cuti kerana menghabiskan cuti tahunan pada tahun lepas. Lega sangat dapat berehat dan meluangkan masa menulis blog. Nak ambil mood untuk menulis bukannya mudah tetapi dipaksa.

Aktiviti menggantung kad hari raya semasa zaman sekolah dahulu. Sebelum ianya dibuang lebih baik dipamerkan sehingga betul-betul buruk.

Banyak juga kad hari raya yang dikumpul. Setiap hari tunggu posmen di halaman rumah. Posmen pun bukan main laju bawa motor. Indahnya zaman dahulu kala kerana semua ahli keluarga ada. Apa yang tiada adalah kemewahan tetapi penuh kasih sayang.

Makan telur dengan ikan kering pun sudah cukup nikmat. Semuanya kerana air tangan mak. Kadang merungut juga bila mak asyik masak ikan puyu dan gulai sahaja. Biasalah kanak-kanak nak makanan yang sedap terutama ayam. Bila sudah matang baru rasa bersyukur akan nikmat itu.

Kad hari raya adalah memori bersama kawan-kawan di sekolah dan juga keluarga. Saya dengan kakak-kakak asyik tertunggu sahaja posmen. Kakak tanya, posmen lalu tak lagi? Jika sudah lalu, tak mengapalah esok sambung tunggu pula. Kadang dapat upah kerana ambil surat daripada posmen. Gembiranya saat itu...

Kakak sibuk memasak dan saya pula tunggu posmen sambil bermain. Ada juga kawan yang bagi duit raya sekali tetapi seposen sahajalah. Nak gantung baru ambil duit itu. Rezeki...

Kenangan ini akan dilepas seiiring dengan peningkatan usia agar tidak menjadi beban. Apa-apa pun ini adalah salah satu kegembiraan satu masa dulu.

Jumaat, 20 Jun 2025

Ole-ole dari Sabah

Assalamualaikum semua... Ole-ole dari Sabah. Dapat key chain kayu. Alhamdulillah...

Terima Cindy kerana sudi memberi ole- oleh ini sebagai tanda ingatan. Tak tahu pun dia nak ke Sabah, tapi ambil cuti dua hari.

Alhamdulillah bertambah koleksi key chain. Nanti nak tengok semula koleksi lama yang disimpan.

Ahad, 15 Jun 2025

Entri Pasal Makan 2025 Bahagian 2

 Assalamualaikum semua. Bahagian kedua untuk entri ini. Mari kita sama-sama lihat ada berapa bahagian semuanya.. hahaha..

Mee kari ke ni? Tuan badan yang makan pun dah confius. Tengok sendirilah yer :)

Nasi kenduri di Tapah. Ada ikan keli dan ayam goreng berempah.  Suka menu ini :)

Bubur pulut hitam dengan durian sejuk beku dalam peti ais. Buat sebab nak habiskan pulut hitam, lama-lama risau rosak.

Apakah itu? Cuba teka.. Krim kek.. Tak sanggup nak makan, tebal sangat. Kek tunang abang.

Proses menggoreng kerepek pisang berangan. Info terkini, sekarang ada setandan pisang berangan yang belum masak. Nampaknya jika sempat, minggu depan kena buat kerepeklah...

Char kuew tiaw dinikmati bersama ABC, best sangat. Sekarang ini cuba untuk kawal pengambilan gula, jadi kena sabarlah dengan minuman manis..

Nugget dan juga kentang goreng. Itupun nak ambil gambar..huhuhu...

Ikan sardin kecik-kecik @ haluih orang Kedah cakap. Nak bersiang bukan main penat. Nak buat laksa punya pasal di hari raya. Alhamdulillah.. ada periuk Noxxa, memudahkan kerja sikit :)

Nasi lemak abah beli, seperti biasa pasti akan dikidnap :)

Salah satu menu bekal di tempat kerja. Sesungguhnya suatu hari nanti pasti merindui saat ini :)