Ahad, 15 Jun 2025

Buang Segala Surat Cinta dan Kenangan di KL Tower

 Assalamualaikum semua. Pening pula baca tajuk.. haha.. Bakar segala surat yang ada, tinggal kad raya sahaja lagi yang belum buang. Semuanya tinggal kenangan, jangan tinggalkan sampah di rumah :) 

Hati berbunga-bunga bila dapat surat ini. Tak terucap dengan kata-kata. Kakak dan abang angkat, sahabat pena pun ada. Dapat surat yang wangi penuh bedak pun ada. Semua itu suatu ketika dahulu.

Teropong ke namanya? Dapat ketika pergi lawatan sambil belajar di KL Tower ketika tingkatan 5. Kenangan bersama kawan sekolah.

Kali pertama pergi ketika itu dan hingga kini. Tidak pernah pergi lagi selepas itu :)

Rezeki Aidilfitri 2025, Dapat Baju Raya

 Assalamualaikum dan selamat petang. Rezeki raya Aidilfitri 2025 lalu, seseorang belikan baju raya. Memang cadang tak nak beli baju raya tahun ini. Nak pakai apa yang ada sahaja kerana kurang sangat pakai. Kenduri pun jarang pergi. 

Terima kasih kerana belikan baju ini. Rezeki jangan ditolak. Semoga awak murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat.

Rabu, 11 Jun 2025

Coklat Pemberian Anis

Assalamualaikum dan selamat petang. Selalu orang yang berpindah atau berpisah yang akan terima hadiah. Tetapi kali ini terbalik pula. Orang yang berhenti kerja pula yang memberikan sesuatu kepada kawan-kawannya. 

Ini merupakan perpindahan kali kedua. Kali pertama kami kumpul duit beri jam tangan. Bila kali kedua ini tak terasa nak bagi sesuatu...

Terima kasih Anis kerana beri coklat enak ini. Sedap-sedap semuanya. Manis itu biasalah, nama pun coklat :)