Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini tak pergi kerja kerana kurang sihat. Bila malam sakit ini makin teruk, asyik bersin sahaja. Semoga cepat sembuh tanpa perlu makan ubat terutama antibiotik. Sebelum raya lagi Whiz beri biskut raya pada adik. Baru berkesempatan untuk update di blog. Itupun kerana nak clearkan gambar di handphone.
Jumaat, 25 April 2025
Biskut Raya dari Whiz International 2025
Khamis, 24 April 2025
Tempah Apom Balik di Majlis Kenduri Abang
Alhamdulillah satu lagi hajat tercapai iaitu ingin sponsor apom balik di majlis kenduri. Masa bulan puasa lock tarikh. Kami 3 beradik kumpul duit untuk sponsor apom balik ini. Bila kongsi tak terasa sangat, asalkan dapat berkongsi rezeki walaupun sedikit.
Apom balik ini minimum order 8 kg tepung. 1 kg tepung bersamaan dengan RM60. RM60 x 8 kg bersamaan RM 480.00. Boleh dapat 800 keping, seorang ambil dua keping bersamaan 400 orang makan.
Barangan Kaca dijadikan Doorgift
Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah tercapai juga hasrat untuk memberi doorgift barangan kaca di majlis kenduri abang. Kumpul sebelum bulan puasa lagi. Bila masuk Ramadan mula basuh barangan kaca tersebut.
Untuk mengelak pembaziran lebih baik beri pada orang lain pula. Walaupun tidak begitu sesuai untuk memberi barang recycle pada orang. Harap mereka dapat menerimanya dengan baik.
Langgan:
Ulasan (Atom)