Ahad, 20 April 2025

Tebus Baucar New Member Marrybrown dan Membeli di Sri Idaman Gold, Parit Buntar

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Cerita hari ini, menghabiskan cuti hari minggu di Parit Buntar, Perak. Bertolak pukul 11 pagi, hampir 4 petang baru sampai di rumah. Sakan betul shoping.

Mana taknya singgah 4 buah kedai emas, shopping baju di Pasaraya Hari-Hari, singgah Mydin dan juga Guardian. Memang banyak habis duit hari ini. Penat tak tahu nak cakap lah..



Tebus dulu 1 ketul ayam Marrybrown percuma kerana new member. Benda free kena ambil. Orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak...

Kedai emas terakhir kami pergi iaitu Sri Idaman Gold Sdn Bhd...

 Kami pergi bertiga iaitu saya, adik dan kawan adik, Anis. Wanita dan barang kemas mana boleh dipisahkan.  Harga emas hari ini iaitu 20 April 2025 RM463.80. 

Sabtu, 19 April 2025

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sebulan sudah tidak menulis di blog ini. Masa terlalu mencemburui. Banyak yang telah berlalu iaitu Ramadhan, Syawal dan kenduri kahwin abang juga telah berlalu.

Alhamdulillah.. semua dinikmati atau disambut dengan gembira dan kesyukuran. Majlis kenduri abang berjalan dengan lancar. Hari raya Aidillfitri disambut dengan gembira. Semua ahli keluarga pulang ke kampung kecuali seorang adik lelaki. Meriah sangat rumah ini.

Jom tengok gambar raya versi anime gibli. Nak letak gambar sendiri segan jadi bolehlah hantar gambar kartun :)



Gambar semasa hari raya Aidilfitri 2025. 
Alhamdulillah...

Semasa majlis kenduri kahwin abang.. 
Dalam gambar yang manakah saya? hahaha..

Ahad, 16 Mac 2025

Adik Masak Ayam Gepuk

 Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini 15 Ramadan 1446H. Lauk kelmarin adik masak ayam gepuk resipi Khairul Aming. Memang sedap dan boleh tahan rasa pedasnya. Keluar hingus.. haha..
 
 
Hari ini buat bubur nasi sahaja. Masa dapat bubur lambuk tak puas makan jadi kena buat sendiri. Harap sedaplah, nak rasa macam malas pula. Tawakal jerlah apa rasanya :)