Jumaat, 25 Oktober 2024

Pokok Halau Babi

 Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini hujan, alhamdulillah. Sejuk sangat di pejabat sampai kena tutup satu aircond. Jika tidak boleh beku. Pergi toilet pun makin kerap. 

Pelik juga kenapa abang minat sangat nak tanam pokok ini. Tanya kenalan di status Whatsapp, pokok apakah ini? Ada kenalan yang tahu katanya pokok halau babi. Begitu rupanya. Memang banyak pun babi sampai nak buat sarang di belakang rumah.

Masa tengok anak pokok masih kecil di dalam polybag. Sekarang sudah tanam di tanah dan besar. Mudah juga pokok ini membesar.

Search di Google, namanya pokok turnera. Ditanam dari keratan batang. Cantik juga bunganya berwarna kuning. 

Khamis, 24 Oktober 2024

Kek Coklat Indulgence yang Sedap

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Sabtu 19 Oktober 2024, adik singgah kedai kek pula. Kalau singgah mesti kena beli, tak beli menyesal pula nanti. Mana boleh tengok sahaja kek yang sedap-sedap.

Maka belilah satu kek coklat indulgence RM12. Berbaloi sangat sebab boleh makan banyak hari.

Sampai hari ini masih ada lagi dalam peti sejuk. Mungkin rasanya yang manis dan berlemak, kena makan sikit-sikit sahaja. Apa-apa pun puas makan :)

Jumaat, 18 Oktober 2024

Pejabat Tiada Elektrik

Assalamualaikum dan selamat petang. Mengantuk pula sekarang ini. Pagi tadi elektrik di pejabat sekejap ada sekejap tiada. Mesti ada rosak mana-mana bahagian. Production pula cuti hanya office sahaja yang bekerja.

Pergi ke toilet, dua kali tiada elektrik. Nasib baik bawa handphone. Jika tidak nak keluar bilik air pun tak nampak pintu. Memang main-main elektrik ini dan menguji kesabaran. Sakit dada bila lampu padam, tak sampai 5 minit menyala kembali.

Pukul 2 petang, elektrik tiada selama satu jam. Kena tunggu juga sebab masih awal. Sekarang elektrik sudah ada dan sudah dibaiki. Mengantuk pula yang menganggu. Rehat sekejap dengan menulis blog. Diari untuk hari ini.