Assalamualaikum dan selamat pagi. Imbas kembali kenangan masa dahulu. Dulu selalu sangat buat kek coklat. Kek ini sedap sangat. Entah kenapa bila buat sekarang kurang menjadi. Masa kukus suka masuk wap dan kek jadi turun.
Arwah mak suka kek biasa dengan kek coklat. Kek coklat tak perlu letak topping. Makan begitu sahaja arwah mak suka.
Masa ini arwah mak masih ada. Al- Fatihah untuk arwah mak.Kenangan membuat kek bersama adik. Adik yang letak topping dan hias. Kenangan yang cukup bermakna.