Isnin, 1 Julai 2024

Zim Zim Ala Kazim

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tercapai juga impian untuk menonton wayang filem Zim Zim Ala Kazim. Terdapat unsur jenaka, seram, hiburan serta banyak memberi pengajaran. Menonton berdua dengan sahabat. Jarang sangat menonton wayang di Kerian Sentral, Parit Buntar ini.
Kali pertama menonton filem Magnificient semasa pembukaan. Itupun datang lewat. Nasib baik tiket free kerana promosi pembukaan. Best juga ceritanya.  Kali kedua menonton Polis Evo bersama sahabat. Kali ketiga menonton filem Mat Kilau. Free sebab PAS yang sponsor.

 
Zim Zim Ala Kazim adalah yang keempat. Bukan tak minat tonton wayang tetapi lebih kepada berjimat. Ukur baju dibadan sendiri. Sekali sekala atau teringin sangat apa salahnya. Diri perlukan ketenangan dan hiburan juga. Kali ini menonton untuk support Dato Ustaz Kazim Elias. Arwah mak suka sangat dengar ceramah beliau.

RM18, filem bermula pada pukul 1.45 petang. Sahabat nak belanja tiket ini. Tak nak terima wang bila nak bayar padanya. Pujuk juga kata bayar RM10 sahaja, baru dia terima. Alhamdulillah...

Sahabat beri juga, beli ketika hendak pulang. Syukur kerana diberi sahabat yang baik. Dunia dan akhirat. Aamin...

Ahad, 30 Jun 2024

Menjamu Selera di Village Cafe

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya jarang sangat makan di kedai dan tak suka makan di kedai. Lebih suka bungkus dan makan di rumah sahaja. Tetapi hari itu, lepas habis waktu kerja pada pukul 6 petang, kami tidak boleh balik lagi kerana perlu mengambil adik di stesen keretapi pada pukul 8.30 malam. 

Alang-alang sangat rasanya nak balik. Membazir duit minyak dan tenaga. Jauh juga lebih setengah jam perjalanan. Oleh itu, membuat keputusan makan di kedai dan solat di surau yang berdekatan iaitu sekitar Parit Buntar.

 
Air Epal RM 3.00

 
Nasi Goreng Pataya

 
Nasi Goreng Ayam
 
 
Kali kedua menjamu selera di sini. Kali pertama bersama kakak dan juga mak cik serta anak menantunya.
 
 
Masih awal, mungkin kami pelanggan pertama pada hari itu. Kenangan dengan adik perempuan pertama :)

Jumaat, 28 Jun 2024

Beg Galas Untuk Isteri Adik Angkat

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Kedengaran guruh berdentum. Takut pula untuk terus menulis. Bunyi bumbung ditiup dan diangkat oleh angin. Jika keadaan makin kritikal baru berhenti menulis dan sambung tidur. 

Beg yang baru sekali dipakai dan telah diberikan kepada isteri adik angkat semasa bulan Syawal 2024 yang lalu. Begnya terlalu besar dan tidak mampu untuk diangkat oleh badan ini. Risau jika gunakan ia, isi tak ingat dunia kemudian menyusahkan diri dan orang lain.

Oleh itu, lebih baik jika beg ini disedekahkan sahaja daripada tidak digunakan. Simpan untuk kenangan. Ada rezeki ingin beli beg lain yang lebih mudah untuk dibawa.