Assalamualaikum dan selamat pagi. Kenapalah mood asyik nak bermalasan sahaja nih. Seronoknya kalau dapat makan tidur jer. Tapi badan pula rasa tak sihat. Baik tulis blog daripada tak buat apa-apa. Kisah dunia kucing. Pagi kelmarin semasa keluar belakang rumah untuk sidai pakaian, tiba-tiba ada seekor kucing baru yang tidak dikenali terkejut dengan kehadiranku. Kucing tersebut sedang beranak. Anak dia masih tergantung di bahagian tersebut, tidak keluar sepenuhnya.
Bila tengok kehadiranku, kucing tersebut lari tak cukup tanah. Anaknya yang terjuntai itu jatuh satu persatu ketika berlari. Anak pertama mati semasa ianya keluar manakala anak kedua masih bernyawa.
Aku biarkan saja anaknya di situ kerana mungkin ibunya akan datang kembali. Malangnya ibunya tidak datang sampai ke petang. Anak kucing itu juga asyik menangis. Bila mendengar anak kucing asyik menangis dan ditambah pula duduk di tempat yang panas dan tiada bumbung, aku mengambil keputusan untuk letakkan anak itu bersama ibu kucing yang lain. Ibu kucing itu juga masih menyusu anaknya.