Ahad, 10 Mac 2024

Mengemas Rumah Untuk Persediaan Ramadan

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Nak menulis tetapi badan dan fikiran rasa terlalu penat. Menulis santai-santai agar blog sentiasa diupdate. Bermula hari Sabtu 9 Mac 2024, kemas dua buah peti sejuk. Buang makanan yang sudah lama dan tidak diperlukan lagi. Bersihkan segala kotoran di dalamnya. Cicak yang sudah mati pun ada dalam peti sejuk. Bilanya masuk pun tidak tahu. Betapa kotornya peti sejukku.

Minggu lepas menyapu rumah atas. Mengemas ruang tidur arwah mak dahulu. Abah jarang tidur di situ jadi kena kemaskan apa yang patut. Anak cucu pulang baru abah akan tidur di rumah atas. Banyak tahi cicak dan bersawang. Bila sudah bersih, sejuk mata memandangnya walaupun tahu kebersihannya itu tidak akan bertahan lama.

 
Gambar tiada kaitan dengan cerita. Sekadar iklan. Hari Ahad 10 Mac 2024 pula mengemas dapur. Sapu dan mop lantai. Penatnya sampai ke malam. Harap esok pagi baik-baik sahaja. Itulah persediaan Ramadan agar lebih bersemangat untuk ke dapur. 

Amal ibadat juga tidak dilupakan. Insya Allah hari Isnin akan bentangkan karpet untuk solat terawih di rumah agar lebih selesa. Moga Allah permudahkan urusan untuk beribadat.

Selasa, 5 Mac 2024

Saringan Status Kesihatan Wanita Dewasa

Assalamualaikum semua. Rasa pening dan sakit kepala dari petang kelmarin. Bila malam okey pula. Bangun pagi terasa pening dan sakit kepala lagi. Duduk pun rasa tak seimbang. Leher terasa berat untuk melakukan pergerakan. Buat keputusan untuk ke klinik.

Kena isi maklumat status kesihatan sementara menunggu doktor panggil.
 
 
Rupanya diri ini sudah gemuk.. huhu.. mungkin tertunduk sikit tadi semasa mengukur ketinggian. Sepatut 160 lebih rasanya.
 
Dapat satu sahaja ubat iaitu untuk pening kepala. Lupa nak beritahu doktor sakit kepala juga. Terlalu fokus isi maklumat, lupa nak beritahu. Semoga cepat pulih sakit ini.  

Isnin, 4 Mac 2024

Mee Sizzling di Mydin, Parit Buntar

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga semua sihat dan ceria selalu. Gambar tahun lepas, mee sizzling. Adik bongsu suka sangat mee sizzling di Mydin, Parit Buntar ini.

 
Layan jerlah gambar...

 
Ada rezeki, boleh makan lagi :)