Isnin, 1 Januari 2024

Selamat Tahun Baru 2024

Assalamualaikum dan selamat malam. Tiga hari ini terlalu sibuk mengemas pakaian terpakai untuk disedekahkan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Satu kotak sahaja lagi tinggal kerana kereta sudah penuh. Penat memanglah penat tapi kepuasan itu ada. 

 
 Mereka menerima pakaian terpakai yang elok dan juga tidak elok. Tapi jangan sampai bagi kain buruk pula yer. Pakaian yang masih elok akan diberikan pada asnaf di negeri Kelantan dan Terengganu. Pakaian yang rosak dan tidak boleh digunakan akan diproses menghasilkan benang. 

Memang sudah lama kumpul pakaian yang tidak digunakan untuk diberikan pada rumah anak-anak yatim yang terdekat. Tapi sahabat kata kawannya telah beri berkotak-kotak pada rumah anak yatim tersebut, maka tak jadilah untuk beri. 
 
Kebetulan ada lihat di WhatsApp tentang sumbangan pakaian terpakai, tanpa fikir panjang terus bersemangat kumpul lagi banyak.
 
Encik Ahmad kata ini first time dia ambil pakaian di rumah orang. Selalunya orang akan terus menghantar ke kedainya. Alhamdulillah rezeki saya. Saya pun harapkan orang untuk hantar kerana tak pandai drive. Allah permudahkan urusan saya. Maaf kerana susahkan Encik Ahmad, sesat juga untuk sampai ke rumah. Lama juga katanya.
 
Kotak pakaian terakhir. Semoga memberi kebaikan kepada orang lain. Jika menyusahkan harap maafkan. Ini sahaja yang mampu dilakukan untuk membantu orang lain. Semoga Allah membuka peluang lain lagi untuk menolong orang. 
 
Jadi, inilah aktiviti saya di hari pertama tahun baru 2024. Semoga hari seterusnya akan menjadi lebih baik, indah, bermanfaat dan dalam redhaNya. Begitu juga buat anda. Amin...

Ahad, 17 Disember 2023

Dua Ketul Halia, Hasil Tanaman

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bercuti dan menikmati hari minggu anda. Semoga hari-hari kita dipenuhi dengan aktiviti berfaedah, indah dan mendapat redha daripadaNya.

halia

Dua ketul halia hasil tanaman dalam pasu plastik. Alhamdulillah...

halia

Nak keluarkannya memang agak sukar. Sampai pecah pasu. Pokok halia pun sudah tumbang ditiup angin, jadi kena keluarkanlah juga isinya.

Jumaat, 15 Disember 2023

Dugaan Kesakitan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar? Semoga sihat semuanya. Ayat macam nak tulis surat pun ada...haha..

 Dua hari lepas asyik tidur sahaja. Kerja tak pergi MC pun tak ambil. Melayan sakit. Bila ambil cuti banyak hari rasa nak cuti lagi. Bila sakit sikit pun tak boleh lawan. 

Kucing dalam gambar itu pun sedang diuji juga. Kami pulang bercuti dari Langkawi, tengok kakinya telah cedera. Jalan pun tak betul. Kasihan. Kalau tak sakit jangan harap nak lekat di rumah. Nama kucing Aboy. Abah kata kena langgar. Harap kaki Aboy sembuh sepenuhnya. Maaf tak mampu bawa ke klinik.