Khamis, 25 Mei 2023

Jamuan Raya Aidilfitri 2023

 Assalamualaikum dan selamat malam...

Alhamdulillah selesai sudah majlis jamuan raya Aidilfitri di kilang, pada 19 Mei yang lalu. Disambut secara kecil-kecilan tetapi tetap meriah. Pelbagai juadah yang disediakan.

Tahun ini kami kumpul duit sebanyak RM20. Bilangan pekerja Melayu yang terlibat seramai 10 orang. Jadi dapatlah dikumpul sebanyak RM200. Kemudian boss tampung sebanyak RM400. Itulah perbelanjaan jamuan raya tahun ini. Selebihnya membawa potluck seorang sedikit untuk disajikan.

Tahun ini kami tempah nasi beriani, ayam masak merah dan juga air hijau. Bilangan kepala yang ditempah sebanyak 40 kepala atau 40 orang. Nasi beriani dengan ayam masak merah, satu kepala RM8 dan air pula RM2. Sengaja tulis disini untuk rujukan pada masa akan datang.

Puding roti oleh Hajar

Cream puff RM30, 50 biji






Nasi beriani





Mee kari oleh Kak Jue

Ketupat pulut oleh Kak Jue



Ahad, 2 April 2023

Berbuka Puasa di Mangostana Restaurant

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini sudah masuk 11 Ramadan.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyempurnakan ibadah puasa ini. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan oleh Allah.

 
Berbuka puasa di luar kerana mengambil adik di stesen bas.
 
 
Meja di buat dari mesin jahit lama.

 
Ambil set untuk 5 orang makan
 

 
Alhamdulillah atas rezeki dari Allah. 
Terima kasih adik lelaki yang sudi belanja :)

Isnin, 20 Mac 2023

Makan-makan di Fruit King Western Cafe

 Makan-makan pada 28 Januari 2023 yang lalu, lama sudah. Ada orang nak belanja, kalut jer kami semua bersiap. Adik perempuan pertama yang belanja. Alhamdulillah.. Moga murah rezeki selalu.

Sebelum pergi makan, shoping barang rumah terlebih dahulu. Beli ubat gigi untuk dapatkan bekas makanan percuma. Kemudian rezeki dapat bekas percuma yang lain. Kami pergi 4 orang, semua dapat seorang satu seperti di atas. Alhamdulillah..


 
Chicken Grill
RM21.90
 
 
Nasi Goreng Chicken Grill
RM19.90
 
 
Spaghetti Bolognese
RM12.90
 
Simpan untuk kenangan dan bukan niat untuk menunjuk. Semoga dijauhkan dari dosa. Senang, nanti sudah tahu harga berapa dan makan di mana.