Isnin, 20 Mac 2023

Makan-makan di Fruit King Western Cafe

 Makan-makan pada 28 Januari 2023 yang lalu, lama sudah. Ada orang nak belanja, kalut jer kami semua bersiap. Adik perempuan pertama yang belanja. Alhamdulillah.. Moga murah rezeki selalu.

Sebelum pergi makan, shoping barang rumah terlebih dahulu. Beli ubat gigi untuk dapatkan bekas makanan percuma. Kemudian rezeki dapat bekas percuma yang lain. Kami pergi 4 orang, semua dapat seorang satu seperti di atas. Alhamdulillah..


 
Chicken Grill
RM21.90
 
 
Nasi Goreng Chicken Grill
RM19.90
 
 
Spaghetti Bolognese
RM12.90
 
Simpan untuk kenangan dan bukan niat untuk menunjuk. Semoga dijauhkan dari dosa. Senang, nanti sudah tahu harga berapa dan makan di mana.

Ahad, 19 Mac 2023

Tahun Ini Ramai Kenalan yang Nak Kahwin

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah masih diberi nafas dan kesihatan yang baik. Syukur sangat. Tahun ini memang ramai disekeliling saya merancang untuk mendirikan masjid iaitu melangsungkan perkahwinan. Semoga impian mereka menjadi kenyataan dan bahagia hingga ke Jannah.

Antara mereka ialah adik perempuan kedua saya sendiri, adik angkat lelaki dan juga teman tapi mesra yang ingin berkahwin dengan pilihan hatinya. Selain itu kawan adik juga akan bertunang tak lama lagi. Adik perempuan pertama saya juga dapat hidayah ingin mengikuti kursus perkahwinan. Semuanya berkisar hal perkahwinan. 

Hati ini masih tidak tenang, masih bergelora. Ada saja rasa tidak sedap hati. Allahuakbar. Semoga hati ini diberi ketenangan oleh Allah S.W.T dan diberi kesabaran. Kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun ini semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Semoga berbahagia di dunia hingga ke syurga. Amin...

Khamis, 16 Mac 2023

Jelly Kelapa dan Kuih Denderam

 Assalamualaikum semua... Masa cuti semester bulan Januari yang lalu, adik bongsu teringin makan jelly kelapa. Jadi kita tunaikan permintaannya dan meminta abang kaitkan kelapa muda. Nak resipi jelly kelapa boleh klik di sini.

jelly kelapa

jelly kelapa

kuih denderam 
Resipi kuih denderam boleh klik di sini :)
 
kuih denderam

adunan kuih denderam
Ajak adik buat kuih denderam dan dia perlu menggoreng, alhamdulillah dia mahu pula. Selalunya pasti ada alasan nak dietlah, tak suka kuih manislah, tak baik untuk kesihatan dan macam-macam lagi. Peliknya kali ini dia mahu memberi kerjasama. Hasilnya seperti di atas :)