Assalamualaikum dan syukur sangat dikurniakan sahabat yang baik hati dan pemurah. Kalau jumpa mereka pasti tidak pulang dengan tangan kosong.
Sabtu, 11 Mac 2023
Hadiah Tahun 2022
Pemberian dari sahabat, Siti Hajar
Rezeki dari Allah S.W.T.
Assalamualaikum dan selamat malam. Apa khabar semua? Hari ini seharian sakit perut, tak mampu nak buat apa. Nak ke dapur pun tiada mood. Rasa nak tidur sahaja. Tak tahu kenapa, suka sangat ambil gambar makanan. Makanan biasa-biasa jer pun tak special pun tapi alhamdulillah, kenyang.
Nasi ayam penyet di Tanjung Piandang, Perak
Hari Sabtu minggu lepas, rasa teringin makan laksa. Pergi kedai laksa sudah habis yang dibelinya nasi ayam penyet, bihun sup dan keropok lekor. Alhamdulillah, makanlah kami tiga orang makanan yang dibeli. Rasa sorang sikit.
Roti adik beli di Mydin Parit Buntar, dia belanja. Lama sudah...
Aiskrim kacang merah, buatan sendiri. Tak ingat resipi dan tak tulis lagi di blog resipi. Jika ada rezeki nak buat lagi :)
Sabtu, 4 Mac 2023
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2003
Assalamualaikum dan selamat petang. Alahai kabur sungguh gambar yang diambil, mungkin kurang cahaya. Cepat betul masa, kini sudah 20 tahun.
Semuanya memberi kenangan pahit dan manis dalam kehidupan. Selagi masih hidup berjuang dan berjuang meneruskan kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Langgan:
Catatan (Atom)