Sabtu, 11 Mac 2023

Rezeki dari Allah S.W.T.

 Assalamualaikum dan selamat malam. Apa khabar semua? Hari ini seharian sakit perut, tak mampu nak buat apa. Nak ke dapur pun tiada mood. Rasa nak tidur sahaja. Tak tahu kenapa, suka sangat ambil gambar makanan. Makanan biasa-biasa jer pun tak special pun tapi alhamdulillah, kenyang.

nasi ayam penyet 
Nasi ayam penyet di Tanjung Piandang, Perak
 

Hari Sabtu minggu lepas, rasa teringin makan laksa. Pergi kedai laksa sudah habis yang dibelinya nasi ayam penyet, bihun sup dan keropok lekor. Alhamdulillah, makanlah kami tiga orang makanan yang dibeli. Rasa sorang sikit.

 Roti adik beli di Mydin Parit Buntar, dia belanja. Lama sudah...

aiskrim kacang merah

aiskrim kacang merah

aiskrim kacang merah 
Aiskrim kacang merah, buatan sendiri. Tak ingat resipi dan tak tulis lagi di blog resipi. Jika ada rezeki nak buat lagi :)

Sabtu, 4 Mac 2023

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2003

 Assalamualaikum dan selamat petang. Alahai kabur sungguh gambar yang diambil, mungkin kurang cahaya. Cepat betul masa, kini sudah 20 tahun.





Semuanya memberi kenangan pahit dan manis dalam kehidupan. Selagi masih hidup berjuang dan berjuang meneruskan kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Bilik Diserang Anai-anai

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Imej diambil pada 5 Jun 2021 yang lalu, ketika arwah mak masih ada. Kami tinggalkan rumah ini sekejap ketika mak mula-mula sakit kaki dan tak boleh berjalan langsung. Pada 5 Jun kami kembali ke sini dengan membawa barang sedikit demi sedikit. Alangkah terkejut dengan adanya bangkai anak kucing merata tempat di dalam bilik. Busuk satu bilik.

 
Bila pijak di atas lantai terasa kosong dan mahu pecah. Rupanya-rupanya isi di dalam kayu anai-anai telah makan. Cepat betul anai-anai buat kerja. Kami tinggalkan tak sampai setahun pun.
 
 
Bila dipecahkan memang kosong. Kayu yang telah rosak.
 
anai-anai 
Kena sapu minyak kerana mungkin ada anai-anai yang masih bersembunyi lagi.
 
 
Tempat yang belum kena juga harus disapu untuk mengelak anai-anai berpindah ke tempat lain. Selebihnya berserah pada Allah, moga anai-anai tidak menyerang lagi.