Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 1 hari 1 entri jika berkesempatan. Entri kali ini berkaitan makanan yang pernah dimasak pada masa yang lepas. Godek-godek laptop rasa sayang nak buang sebelum disiarkan. Simpan untuk kenangan diri sendiri. Semoga terhindar dari dosa jika yang tidak senang melihatnya. Bukan niat untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan sendiri.
Kek kedua ini juga merupakan kek pandan tetapi tidak letak santan. Kemudian letak krim dan coklat ganache di atasnya.
Kek ini dibuat hasil dari bahan-bahan lebihan kek yang ada. Jadi ini namanya kek cincai jadi saya tak tulis resipi. Kek yang direka sendiri sahaja menggunakan bahan yang ada.
Ini pula merupakan roti berbentuk cendawan. Pahit bila makan di luarnya sebab menggunakan serbuk koko. Untuk nampak jadi real cendawan sahaja. Nak resipi boleh klik di sini.
Makanan yang terakhir ialah kek batik indulgence. Nampak comot sikit tapi rasanya memang sedap.
Nak potong dia memang rumit sikit kena guna pisau yang tajam dan dipanaskan. Gambar selepas dipotong memang tiada sebab orang kedah kata belemuih sangat.. hihi.. Nak tengok resipi klik di sini. Sekian..