Khamis, 9 Februari 2023

Adik Perempuan Kedua Sudah Bertunang

 Pada 5 Februari 2023 yang lalu, adik selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. Kami sebagai kakak menyokong sepenuhnya walaupun kami masih belum berkahwin. Jodoh itu rahsia Allah, jika adik ditakdirkan bertemu jodoh dulu siapalah kami untuk menghalangnya.

Cuma persoalan yang diajukan buat kami oleh saudara mara amat menyesakkan dada. Hanya boleh bersabar sahaja kerana semua itu telah ditentukan oleh Allah. Pendek kata majlis berjalan lancar. 2 bentuk cincin diminta kerana langkah bendul. 

Jamuan makan disediakan oleh pihak katering iaitu nasi beriani, ayam masak merah, daging masak hitam dan jelatah. Tempah untuk 100 orang makan, satu kepala RM9. Laksa disediakan sendiri oleh tuan rumah, 4 kilo ikan sardin dan 6 bungkus laksa. Banyak betul lebihan dan tak larat nak makan. Lain kali kena kurangkan laksa. Apa-apa pun tahniah adik...

Isnin, 2 Januari 2023

Selamat Datang Tahun Baru 2023

Assalamualaikum dan selamat malam...

Hari ini masuklah sudah tahun 2023. Apa azam tahun baru dan pembaharuan yang akan dibuat? Semoga apa yang diimpikan berjalan dengan lancar.

Masuk tahun baru, hendaklah berazam menjadi lebih berjaya di dunia dan juga di akhirat sana. Apa yang perlu dibuat? Upgrade kualiti amal ibadah dengan lebih baik lagi.

Contohnya solat iaitu daripada solat berseorangan kepada solat berjemaah. Kemudian upgrade lagi dari solat berjemaah di rumah, berjemaah pula di masjid. Beri sesuatu yang terbaik pada Allah S.W.T. 

Selain itu, upgrade sedekah kita kepada lebih baik dari sebelumnya. Banyak lagi yang perlu ditingkat untuk mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Allah akan upgrade balasan dan sinar harapan yang baik buat kita pula hambaNya.

Tips nak berjaya dalam hidup :-

1. Ramaikan kawan atau sahabat yang  baik. Berkawan dengan sesiapa kerana Allah.

2. Jangan putus asa dan sabar dengan ujian.

3. Banyakkan berdoa dan sentiasa bermuhasabah.

Semoga tahun baru ini memberi sinar harapan yang baik buat kita sama ada dalam kehidupan dunia dan juga untuk akhirat. Amin...

Sabtu, 31 Disember 2022

Selamat Tinggal Tahun 2022

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar tahun 2022 sudah hampir melabuhkan tirainya. Terlalu banyak kisah duka di dalamnya. Tahun 2022 terutama di hujung tahun, penuh dengan kesedihan. Terlalu sedih dan tak boleh diungkap dengan kata-kata. Perasaan menjadi resah gelisah.

Cara untuk menghadapi rasa down atau ujian hidup

1. Istiqamah - berterusan buat apa yang Allah suka

2. Happykan diri selalu

3. Dikelilingi orang yang suka dengan kita atau orang yang betul

4. Kena sabar 

Nak kaya kena sedekah, nak berjaya dunia akhirat kena solat dan sabar. Istiqamah membuat kebaikan dan buat apa yang Allah suka. Semoga kita bahagia dunia akhirat :)