Alahai, ada yang tengah merajuk ke sekarang ni? Baik mengaku cepat:)
Perempuan, kalau tak merajuk memang tak sah. Lagi-lagi dengan orang dia
sayang. Kalau orang tak sayang buat apa nak merajuk, betul tak?
Saya
dari dulu, sejak ada hati dan perasaan memang suka sangat merajuk. Masa
kecil suka merajuk dengan ibu dan ayah. Bila adik-beradik dapat lebih
sikit barang, mulalah rasa nak merajuk. Kadang bila tak dapat makanan
sedap pun merajuk. Dengan adik-beradik pun suka merajuk juga bila tak
share makanan atau barang dia dengan kita.
Bila sudah besar merajuk dia lain
pula, merajuk dengan mak ayah ada juga terutama bila mak ayah terlepas
cakap dengan kita. Perasaan sedih itu memang ada. Merajuk tak bercakap
dan berkurung dalam bilik hinggalah perasaan itu reda sendiri. Kadang
kala ada juga yang mak ayah pujuk dan ada juga mak ayah tak pujuk.
Biarkan jer. Bila nak pergi sekolah, nak minta duit automatik kita akan
bercakap kembali dengan mak dan ayah...hahaha...
Dengan adik
beradik merajuk bila mereka buat salah dengan kita. Kalau tak merajuk
mereka tak tahu salah mereka dan buat kesalahan itu lagi. Kadang suka
juga berlawan cakap sebab merajuk tak jalan kerana mereka fikir apa yang
mereka buat adalah betul. Mak dan ayahlah pengadilnya. Mengadili siapa
yang betul dan salah diikuti dengan nasihat...
Bila sudah
mempunyai buah hati yang belum halal, pasti akan merajuk dengannya pula.
Rasakan bagaimana menjaga hati seorang wanita. Dia harus belajar dari
sekarang dengan rentak emosi wanita. Kalau tidak tahan boleh undur diri
dari sekarang sebelum menyesal. Sekian coretan untuk kali ini.