Siapa kata lelaki tak pandai ambil hati? Laki lebih rajin dan pandai berbudi bahasa. Datang rumah orang pasti ada saja buah tangan yang dibawa. Saya sebagai seorang perempuan, kebiasaannya melenggang sahaja pergi ke rumah orang :)
Ahad, 17 Oktober 2021
Buah Tangan Ketika Bertandang
Ahad, 10 Oktober 2021
Kipas Angin Meletup Perlahan dan Keluarkan Cahaya Api, Berbau Hangit...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ada yang masih belum tidur seperti saya? Sekarang jam menunjukkan 12.10 pagi. Mata mengantuk tetapi masih boleh ditahan kerana esok hari minggu. Bangun lambat dan bermalasan sedikit tidak menjadi masalah.
Kisah berlaku pada malam 8 Oktober 2021, kipas angin meletup perlahan dan keluarkan cahaya api. Kemudian, berbau terbakar yang amat sangat. Bau hangit... Saya agak motor kipas tersebut yang terbakar. Kipas itu saya pernah tulis entri sebelum ini. Boleh lihat di sini.
Sekarang masih rasa takut. Nak pasang kipas pun kena berfikir, risau kalau jadi apa-apa. Check suhu kipas panas atau tak. Sebelum kejadian, pada malam sebelumnya kipas itu tak bergerak dan kami anggap ianya telah rosak. Kemudian pada malam kejadian, cuba buka hidup pula dan berfungsi dengan baik. Jadi nak gunakanlah seperti biasa. Buka tak sampai 10 minit, ianya keluarkan cahaya api dan ada letupan yang perlahan.
Ketika itu memang tak tahu nak buat apa. Nak tutup suis kipas pun rasa takut. Mujur ada abah di bilik sebelah yang membantu. Abah tutup suis dan keluarkan kipas dari dalam bilik. Bau hangit terbakar masih ada walaupun sudah keluarkan dari bilik. Mujur tidak berlaku apa yang lebih buruk. Syukur sangat...
Ahad, 12 September 2021
Ujian Covid 19 di Tempat Kerja
Assalamualaikum dan selamat petang kepada yang sudi melawat blog peribadi yang tidak seberapa ini. Sejak akhir-akhir ini, mood memang ke laut dan menjadi terlalu malas. Nak buat sebarang kerja pun seperti buntu dan rasa letih. Kilang tempat saya bekerja, di uji dengan Covid 19. Ramai pekerja yang tinggal di asrama terutamanya telah dijangkiti.
Oleh itu, kilang terpaksa ditutup bermula 23 Ogos 2021 dan hingga hari ini 12 September 2021 belum mendapat arahan untuk ke office. Pekerja yang bekerja di office perlu bekerja dari rumah. Tetapi bila bekerja dari rumah, banyak sangat dugaannya. Bukan mudah untuk bekerja dari rumah sepenuhnya. Pasti ada dokumen yang tidak lengkap.
Saya menggunakan masa di rumah dengan mengikuti kelas masakan Zoom. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat memberi ilmu pengetahuan dalam bidang masakan. Resipi masakan yang dipelajari telah saya kumpul di blog Mencari Cinta Abadi. Anda boleh klik Mencari Cinta Abadi untuk menjengah ke blog tersebut.
Semoga tempat saya bekerja bebas dari Covid 19 sepenuhnya. Perasaan takut memang ada, apatah lagi dengan antibodi badan yang lemah. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak Covid 19 ini. Amin....