Sabtu, 7 Ogos 2021

Jari Luka Terkena Pisau Bahagian 2

 Alhamdulillah, ada adik yang boleh menghantar saya ke klinik. Dialah saksi kejadian semasa kemalangan itu berlaku. Dia yang menjerit ketika pisau itu hendak jatuh. Mungkin saya terdengar orang menjerit juga sebab itu saya terus menyambut pisau tersebut. Tindakan luar kawalan. Sebelum ini banyak juga melibatkan kecuaian lain, tetapi saya hanya membiarkan pisau itu jatuh. Tetapi apabila ada orang menjerit, pasti akan lebih terkejut dan melakukan sesuatu tanpa sedar.

Apabila sampai ke klinik, klinik pula tidak dibuka kerana hari Sabtu. Jadi bergegas ke perumahan klinik di mana staff perubatan tinggal di situ. Apabila dimaklumkan, mereka pun datang untuk merawat luka. Seperti biasa jika mengalami kecederaan perlu disuntik dengan ubat kancing gigi.

Kena jahit dengan satu jarum. Luka agak dalam dan nampak urat. Jika tak jahit boleh menyebabkan nanah dan sebagainya.

Diberikan ubat tahan sakit, makan bila perlu sahaja. Pastikan jari tidak kena air dan saya tak buka langsung sehinggalah temujanji untuk buka benang jahitan.

Bila nak buka, pasti ada sedikit lekatan kerana darah kering dan ubat yang diletak. Untuk membuka kain yang melekat hanya letakkan air. Sangat senang benang jahitan dibuka dan tak rasa sakit pun. Semuanya dipermudahkan. Perasaan takut jer yang over sangat.

Sekarang ini, jari saya masih sakit dan susah untuk dibetulkan. Harapan cepat sembuh dan tidak mempunyai sebarang masalah. Rasa takut sangat. Hanya mampu bersabar dan berdoa sahaja. Buka benang jahitan pada 6 Ogos 2021. Doakan untuk saya semoga cepat sembuh. Sekian...

Jari Luka Terkena Pisau Bahagian 1

 Assalamualaikum dan selamat tengahari. Sebenarnya tiada mood nak melakukan apa-apa kerja, jadi layan blog pada hari ini. Pada hari Sabtu yang lepas iaitu 31 Julai 2021, saya telah diuji dengan suatu ujian. Ceritanya begini...

Pada hari itu, dengan semangat untuk menghabiskan bahan-bahan yang disimpan dalam peti sejuk. Maka terhasillah kek span pandan. Ketika sesi mendeco kek, gunakan pisau untuk potong kek. Pisau kek tersebut baru dibeli dan first time digunakan. Pisau tersebut panjang dan tajam. Memang mudah sangat untuk memotong kek.

Masa untuk letakkan cream cheese, saya gunakan juga pisau tersebut untuk mendeco. Salah saya di situ. Memanglah kek nampak cantik dan senang diratakan tetapi amat berbahaya. Sedang asyik mendeco, pisau tersebut nak jatuh, sepantas kilat saya menyambutnya. Bayangkan pisau yang panjang dan tajam bila disambut.

Darah keluar dengan banyak dan lukanya pasti dalam. Saya memang tak boleh tengok darah dan takut rasa sakit. Memang rasa luka itu terlalu dalam berbanding kena pisau yang sedang dipotong. Dengan kalut dan cemas, saya bersiap untuk ke klinik. Duduk di rumah memang pakai baju biasa-biasa sahaja, jadi terpaksa cari baju yang sesuai dalam keadaan cemas dan pantas. Rasa tak boleh fikir pada ketika itu. Tetapi bila dikenangkan darah yang terus mengalir, saya usahakan juga untuk bersiap.

Kalau kecil-kecil dahulu mesti kita akan menangis jika terkena sesuatu. Betul tak? Bila sudah dewasa, memang tiada masa untuk menangis lagi sebab memang tahu, menangis tak boleh merawat luka tetapi hanya menambah bengkak di mata.

Saya sudah lama tidak mengalami kecederaan, Perasaan takut itu hanya Tuhan saja yang tahu. Jantung memang berdegup kencang. Tengok orang lain mengalami kecederaan pun kita takut dan ngeri, apatah lagi diri sendiri. Jom jumpa di bahagian kedua pula....

Bahan yang nak dihabiskan iaitu whipping cream kerana apabila sudah buka, bertahan selama seminggu hingga dua minggu sahaja. Beli saiz besar dan agak mahal, rugi jika tidak dihabiskan. Tetapi sayang, memang tak berjaya dihabiskan kerana kek kedua tidak dapat dibuat...

Khamis, 8 Julai 2021

Laptop Baruku

Inilah dia laptop yang baru dibeli. Nak kata baru sangat tak juga, tapi dalam tahun ini juga. Beli pada 19 Mac 2021. Terpaksa ganti baru kerana laptop lama tidak support dengan aplikasi terkini dan juga perlahan. Banyak juga masalahnya kerana laptop lama, 10 tahun lebih usianya. Kena banyak bersabar ketika menggunakannya.

Laptop Asus m415d 
RM1799

 
Semoga dapat membantu saya membuat kerja dan menghasilkan karya yang terbaik. Selalu juga terlajak cas bateri. Semoga tahan lama ya wahai laptop...