Kenapa biskut semperit wajib ada? Biskut semperit kegemaran mak. Mak memang suka, lagipun biskut ini rasanya kurang manis dan boleh makan banyak. Mak memang ada penyakit kencing manis dan kena berhati-hati bab makan....
Biskut yang kedua adalah biskut Mazola atau biskut kacang. Jangan ingat itu biskut buah pinggang pula yer. Sengaja buat bentuk lain sedikit. Biskut malas nak letak kacang. Biskut ini wajib ada kerana biskut ini sedap dan lain dari biskut lain kerana berasaskan kacang dan minyak. Kebanyakan biskut yang saya selalu buat letak marjerin dan hanya biskut ini menggunakan minyak. Peminat kacang memang suka biskut ini.
Tapi pada tahun ini biskut ini kurang mendapat sambutan. Pertama mak tak boleh makan manis dan kedua mak tak boleh makan kekacang. Selain itu, biskut ini saya buat dua adunan. Jadi lambat sedikit nak habis. Tapi biskut ini memang sedap jika mengikut sukatan yang betul. Nak resipi? Klik
di sini. Kalau nak tahu biskut Mazola saya buat jual dengan menggunakan resipi tersebut. Pelanggan saya adalah terdiri daripada guru-guru. Sekarang tak menjual lagi kerana penat bekerja. Kehidupan dahulu merupakan penanam anggur :)