Sabtu, 22 Jun 2019

Jom Shopping Tudung di De Qaira, Nibong Tebal

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu. Sekadar perkongsian untuk anda dan simpanan untuk saya. Sejak De Qaira berpindah ke Nibong Tebal tak berkesempatan lagi untuk pergi (kedai lama terletak bersebelahan Bank Islam Parit Buntar).


Jom tengok alamatnya. Mungkin suatu hari nanti berkesempatan untuk pergi. Alamatnya 59, Jalan Pekaka, Taman Pekaka, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.


Memang seronok membeli di De Qaira. Harganya memang murah walaupun membeli sehelai tudung sahaja. Banyak pilihan tudung dan terkini. De Qaira pernah memberi kuih nona manis kepada pembeli (saya pernah dapat) dan mak pernah terima air mineral. Mungkin ada yang dapat pelbagai lagi. Pendek kata peniaga tersebut suka bersedekah kepada pembeli. Semoga rezekinya terus bertambah :)

 Beli tudung dapat kuih Nona Manis

Nona Manis yang sedap... :)

Jumaat, 21 Jun 2019

Pengalaman ditipu Peniaga Online di Facebook

Pengalaman saya sendiri yang telah ditipu oleh peniaga online di Facebook. Saya kerap juga membeli-belah secara online dan ini merupakan kali pertama saya ditipu. Sungguh tak sangka dan tak diduga. Walaupun nilainya tidak begitu besar bagi anda tetapi amat bernilai bagi saya. Barang yang ditunggu tidak juga sampai. Jom baca dan jadikan ikhtibar dan pengajaran. Semoga tiada orang lain yang akan ditipu olehnya lagi.

Kejadian itu berlaku pada 30 Mei 2019. Lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Saya tanya pada peniaga tersebut sama ada sempat sampai sebelum raya ataupun tidak. Katanya sempat sampai sebelum raya. Jadi saya tidak berfikir panjang terus membelinya. Lagipun saya tidak bercadang memakai dress itu pada hari raya. Kalau tidak sempat sampai raya pun tak mengapa. Jom tengok sedikit sebanyak sedutan perbualan tersebut.


 Dress inilah yang dijual oleh peniaga tersebut. Harganya RM35...










Dia beri saya nombor tracking yang palsu dan tidak wujud. Saya sudah menelefon pihak J&T. Katanya nombor tracking tersebut tidak wujud. Nombor tracking saya berada nombor 2. Nama saya terpaksa saya padam. Cuba tengok di atas. Nombor saya 650001399118.


Saya cuba semak nombor tracking penerima lain dan kebanyakannya telah menerima barangan mereka. Kenapa saya tidak??



Apabila saya mesej menanyakan barang, akaun saya telah diblock. Memang sah wujud unsur penipuan di situ. Barang belum sampai tetapi sudah block pembeli. Kononnya boleh tukar baju jika saiz yang dibeli tidak sesuai selepas raya.

Setelah akaun saya diblock, saya cuba mencari akaun penjual tersebut dengan menggunakan akaun fb orang lain. Ini yang saya dapat. Akaun tersebut masih aktif. Bila saya mesej berminat dengan dress tersebut, terus akaun tersebut tidak wujud.





Dia akan selalu menukar gambar profilnya. Jadi jangan terpedaya.


Bukti pembayaran yang telah dibuat

Sabtu, 8 Jun 2019

Bisanya Badan Bila Makan Lemang dan Ketupat Pulut di Hari Raya

Tahun ini terlajak rajin dan terasa nak makan ketupat pulut banyak-banyak. Oleh itu, dengan bersusah payah membungkus pulut yang telah dimasak dengan menggunakan daun pisang dan mengukusnya kembali. Alhamdulillah siap dengan cepat kerana ada pembantu...

Malamnya, makanlah ketupat pulut dan lemang yang dibeli. Banyak juga makan dalam 7 potong. Esok paginya perut memulas-mulas dan tekak terasa loya nak muntah. Perut terasa sangat kembung. Aduhai penangan pulutlah nie...

Sekarang ini pun badan masih berangin-angin dan sentiasa kembung. Tak tahu nak buat apa. Harap bila start kerja tak kembung perut lagi. Bulan puasa kembung juga sebab tak makan. Bila tak puasa pun masih kembung sebab tak jaga makan. Inilah dia....


Inilah dia anak saudaraku yang paling kecil. Paling ringan tulang kerana rajin mengemas (semua sampah dia nampak dari sebesar ke sekecilnya) dan pantas bergerak (sampai tak larat nak ligan). Inilah dia Muhd Yusof. Minum air ais memang cukup suka dan semua makanan dia suka makan :)