Selasa, 5 Mei 2015

Rindukan Song Ji Hyo dan Kang Gary

Assalamualaikum...

Tadi boring tak tahu nak buat apa. Belek-beleklah gambar yang ada dalam my laptop. Jumpa pic Song Ji Hyo dan Kang Gary. Adoi.. comelnya.. rindu pulak pada mereka. Masa mereka ada memang tahu mereka itu comel sangat tapi perangai yang kurang comel...

Haaa.... gambar di bawah adalah Song Ji Hyo dan Kang Gary saya. Bukannya ahli Running Man itu yer. Tapi adik memang beri nama dari kesukaannya melihat rancangan Running Man. Terbawa-bawa sampai menamakan kucing :)

anak kucing Song Ji Hyo
Song Ji Hyo

Kang Gary

anak kucing dan ikan puyu
Tengok ikan puyu tapi takut nak dekat
Comelnya makhluk ciptaan Allah ini

anak kucing

Jumaat, 1 Mei 2015

Nangka Madu di Tepi Parit

Assalamualaikum....

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada suri rumah yang tidak pernah berhenti dari bekerja walaupun pada hari cuti. Suri rumah merupakan kerjaya yang tidak bergaji tetapi bekerja dengan penuh kasih sayang di hati :)

Mesti puas bercuti. Maklumlah 4 hari. Tapi ada juga yang tidak bercuti terutama yang bekerja di syarikat swasta atau melibatkan pertahanan negara. Apa-apapun bersyukurlah kerana anda sebagai pekerja tetap dihargai walau apa jua pekerjaan anda...

nangka madu

buah nangka madu

Nangka madu di tepi parit,
Ambil pisau tolong potongkan...
Ha... sambunglah sendiri....

Amacam? Terliur tak? Aku sendiri pun terliur tau.. Kalau nak tahu itulah buah nangka madu hasil tanaman ayahku. Macam-macam terfikir, boleh buat serawa, wadai kepeng, murtabak dan sebagainya.. Nyummy.... Apa yang pasti ia adalah makanan yang boleh menyebabkan satu badan berangin beb...Bahaya tuh....!!

Sabtu, 18 April 2015

Iman Tidak Dapat Diwarisi


Assalamualaikum....

Cabaran mendidik anak pada zaman ini adalah terlalu mencabar yang memerlukan kesabaran dan perhatian yang tinggi. Pelbagai masalah sosial dan jenayah melanda negara. Pengambilan dadah, meragut, merompak dan juga tidak ketinggalan masalah ketagih air daun ketum. Semua masalah ini merunsingkan ibubapa.

Betullah kata orang iman tidak dapat diwarisi. Ibubapa yang berjaya, soleh dan berilmu belum tentu dapat melahirkan seorang anak berjaya. Ayahnya imam di masjid tetapi anak pula merempit, meragut dan sebagainya.  Jika ayahnya seorang guru belum tentu anaknya akan berjaya dalam pelajaran

Kadang kala lebih mudah mendidik dan mengajar anak orang lain berbanding anak sendiri. Pepatah ada mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Pepatah ini seharusnya dipratikkan ibubapa. Ajarkan anak-anak tentang agama, solat dan akhlak yang baik sejak dari kecil. Pukul jika ingkar akan nasihat. In sha Allah anak tersebut akan menjadi insan bertaqwa. 

SOLAT adalah perkara utama yang harus dititikberatkan. Jika ia dipandang remeh rosaklah seseorang itu. Solat merupakan tiang agama bagi orang Islam dan solatlah yang pertama sekali dihisab di akhirat.

Ibubapa dalam mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi. Jangan putus berdoa. Semoga diberi jalan yang terbaik olehNya. Allah juga sedang menguji ibubapa melalui sikap dan kelakuan anak mereka. Jadi bersabarlah dengan ujian ini....