Jumaat, 9 Januari 2026

Chop Nama Buku Sekolah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini terutamanya kaum ibu pasti sibuk menguruskan persiapan akhir anak-anak untuk ke sekolah. Ramai kawan-kawan yang post di whatsapp mengenai persiapan mereka itu. Beli baju, beg, buku, tulis nama pada buku sekolah, isi borang dan juga ada yang sudah siap iron baju sekolah.

Ada juga yang menyatakan suatu penyesalan bila beri nama anak terlalu panjang. Nak tulis nama pada buku sekolah baru terasa. Ada yang tak perlu tulis tetapi chop nama atau tampal pelekat di buku sekolah. Rasanya chop lebih jimat kerana boleh digunakan sampai habis sekolah. Pelekat boleh guna sekali sahaja. Itulah ragam sebelum persekolahan baru bermula. 

Gambar di atas adalah chop yang digunakan untuk chop nama anak di buku sekolah. Kreatif ibubapa sekarang. Tak perlu tulis tangan lagi. Buku teks pun boleh chop sahaja. Jimat dan mudah.

7 ulasan:

  1. rasanya ingin order chop nama utk anak yg baru masuk tahun 5 tu. what a good idea!

    BalasPadam
  2. Bagus ni..Sy pun ingat nak buat utk kids nnt =)

    BalasPadam
  3. Cie print & tampal. Tak guna cop sebabnya buku sekolah anak2 jenis yang licin tu tak sesuai untuk cop.

    BalasPadam
  4. Good idea, bagus sekali ni, persediaan ke sekolah..

    BalasPadam
  5. Kemarin tuh saya ada bikin. Tp agaknya salah size lah. Gara2 beli online, tak bisa lihat ukuran langsung 🤣. Jdnya pas datang, lalu di chop, kecil sangat jadinya 😂. Harus pesan lagi yg size lebih besar

    BalasPadam
  6. saya pernah buat cop ni utk my boys then hilang ke mana ntah..then saya order jer sticker nama byk2 dari shopee..tampal jer kat semua buku2 tu ;) sbb semua kena beli buku sendiri

    BalasPadam