Ahad, 23 November 2025

Semai Pokok Kesum

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini semai keratan batang pokok kesum. Semoga tumbuh dengan jayanya. Cukup satu pasu tengok perkembangannya sama ada hidup atau tidak. Pokok kesum jika tak cukup air memang akan mati. Kena siram selalu.


Laptop sudah siap dibaiki tetapi belum ambil lagi.  Kelmarin tak perasan ada panggilan, tak tengok phone kerana sibuk di dapur. Handphone pula silent. Hari ini pula kedai tak buka. Hari Rabulah pergi ambil jika berkesempatan.

8 ulasan:

  1. Baru tadi beli kesum. Banyak kali dah tanam kesum ni semua tak berjaya. Asyik mati je. Beli jela senang.

    BalasPadam
  2. Semoga tumbuh subur hendaknya... Orang kata senang semai pokok kesum ni, tapi PH tak pernah berjaya lagi :(

    BalasPadam
  3. Semoga tanaman subur dan cepat membesar ya

    BalasPadam
  4. semoga pokok ni tumbuh dgn sihat :D

    BalasPadam
  5. Kesum ni wangi seolah kita bertenaga bila terhidu aromanya

    BalasPadam
  6. MZ suka mkn daun kesum as ulam (kena hiris halus2 mcm ulam nasi kerabu tu)

    BalasPadam
  7. Oh baru tahu Kesum wajib disiram sering2 yaaa. Belum pernah coba tapi menanam daun ini. Melihat kakak tanam di wadah seperti itu, jadi teringin pula 😄

    BalasPadam