Selasa, 18 November 2025

Laptop Kesayangan Rosak

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Laptop kesayangan tiba-tiba terpadam ketika digunakan. Tekan butang on semula tetap tidak hidup. Nampaknya kena bawa pergi baikilah.


Pergi ke kedai Malik Komputer untuk baiki laptop. Mainboard problem (no power), ambil masa satu hingga dua minggu untuk dibaiki. Anggaran kos baiki RM300. Terpaksa bersabar ketiadaan laptop disisi. 

Cerita lain pula smart watch pink sudah dipulangkan kembali pada penjual. Pedometer rosak, bergerak laju. Penjual nak bagi pampasan RM3 jika tidak pulangkan. Tetapi bila fikir kembali buat apa simpan jam yang rosak. Tujuan utama untuk guna pedometer bukannya waktu. Jam biasa banyak di rumah. Selain itu bateri jam tak tahan lama. Paling lama 5 jam untuk penggunaan biasa. Oleh itu baik pulangkan sahaja daripada hidup dalam stress. Nasib jam murah, kalau jam mahal buat hal lagi stress.. hihi..

8 ulasan:

  1. Laptop Linda pun dah lama jadi tukun..nak buang sayang..motherboard dah rosak..memang rugi kalau nak repair semula

    BalasPadam
  2. Lama juga tu laptop masuk wad :( Semoga dipermudahkan urusan ye

    BalasPadam
  3. Lama juga tu. Melayang la 3 rat demi laptop.

    BalasPadam
  4. Begitulah laptop kan, macam manusia juga kadang sakit ..kena rawat..tak apa sabar..akan dibaiki

    BalasPadam
  5. susah juga nak buat kerja jika tak ada laptop, lama juga rawatannya..

    BalasPadam
  6. kebetulan laptop my adik pun rosak jugak minggu lps...nak repair minimum rm650 rasanya..so dia dh order yg baru (beli online, brand dell) tp memang tak murah laaaa

    BalasPadam
  7. Dah sampai masa agaknya...ni kalau nak repair makan modal gak ni kan...

    BalasPadam
  8. Moga cepat la baik laptop tu ya. Benda penting untuk kita tu....

    BalasPadam