Ahad, 27 Julai 2025

Menghabiskan Masa dengan Pokok-Pokok

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Dua hari ini iaitu Sabtu dan Ahad, menghabiskan masa dengan pasu dan pokok-pokok sahaja. Sudah tak terjaga dan perlukan perhatian semuanya. 

Pedulikan pandangan belakang. Fokus pada pasu dan pokok sahaja :)

Banyak pasu peninggalan arwah mak. Mak dulu suka tanam pokok bunga kertas kerana senang dijaga dan berbunga cantik. Abah pula tak suka pokok bunga kertas kerana berduri. Apa-apa pokok berduri dan keras susah nak diuruskan. 

Sejak ketiadaan mak pokok bunga kertas memang tiada lagi. Lagipun pokok sudah tua dan mati sendiri. Pasu pun banyak yang pecah. 

Petang ini selepas Asar akan sampai tanah hitam sawit yang dipesan. Harap bertambah suburlah pokok. 

Sebelum nak tambah baja dan tanah, potong daun kucai dulu. Masalahnya tiada siapa nak masak dan makan. Sejak badan sakit-sakit tak berani nak makan ataupun nak buat cucur. Mungkin kering dalam peti ais sahaja nampaknya...

9 ulasan:

  1. Arwah mak Cie dulu pun suka tanam bunga2. Cantik2 je bunga mak tanam. Tapi tu la tak menurun ke Cie. Cie ni 1 pokok bunga pun takde depan rumah. Hihi.

    BalasPadam
  2. Banyaknya daun kucai. Saya tanam tumbuh berapa helai je. 😅

    BalasPadam
  3. ya allah gebusnya kaktus, mehlah ajar kak mieja jaga, kak mieja tanam tak pernah dapat gebu2 mcm tu

    BalasPadam
  4. Cantik tersusun indah mata memandang pelbagai bunga

    BalasPadam