Jumaat, 25 April 2025

Cerita Menjelang Syawal 2025

Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Kisah pada bulan Ramadhan. Balik dari kerja, nampak ada biskut atas meja. Rupanya kakak singgah sekejap untuk hantar biskut dan mercun. Sempatlah kakak kemas homestay dan bersihkan apa yang patut.

Biskut samperit masih belum dibuka hingga kini. Kenapa? Sebab susah nak buka. Kejap sungguh. Lagipun biskut lain pun banyak lagi. Bolehlah bawa semasa jamuan raya di kilang nanti.

Mercun memang adik ipar kakak suka beli. Kalau ikutkan takut tapi orang bakar kena hadap jugalah. Risau terkena rumah. Mujur ada satu ini sahaja..haha..

Duit raya yang telah diberikan pada tahun ini. Cuma sampul hijau sahaja masih belum beri sebab cadang nak beri pada Tok. Atas faktor tertentu tak jadi beri, boleh beri pada adik. Memang tak bagi lagi duit raya padanya. 

Gagahkan diri untuk  buat simpul kasih. Tapi sayang salah pilih kulit popia, jadi menggerutu bila digoreng. Goreng pula terlajak garing, jadi pahit. Hingga hari ini masih ada setengah balang lagi. Itupun ada rasa masuk angin sedikit kerana kurang ranggup. Terbebel pula di sini. Harap tidak bosan berkunjung di blog ini.. :)

1 ulasan: