Khamis, 6 Jun 2024

Printer Baru di Pejabat

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Sudah dua ekor ular senduk masuk ke rumah. Pertama masuk waktu maghrib melalui celah-celah dinding, kemudian masuk melalui pintu. Kami lihat sahaja ular tersebut sambil menghalau kerana tiada siapa yang berani bunuh. Ular tersebut keluar semula melalui celah dinding.

Beberapa hari kemudian, ular yang sama masuk ke dalam rumah. Nasib baik kakak yang melihat ular tersebut. Syukur abah juga ada, bolehlah bunuh ular tersebut. Diharap panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. 

Beberapa hari kemudian, ular senduk lain pula datang. Lebih besar daripada sebelum ini, masuk ke dapur kami. Adik yang melihatnya. Tidak ada juga orang yang berani bunuh kerana abah pergi solat di masjid. Adik berjaga-jaga dengan melihat ular itu sehingga ular itu keluar melalui lubang paip untuk singki. Lubang untuk paip singki terlalu besar hingga ada celah lagi ular untuk keluar masuk.

Adik masih trauma, dia mogok tidak mahu masak pada malam hari kecuali segala lubang dan pintu diletak jaring. Semoga ular tersebut dan ular lain tidak masuk walaupun tidak letak jaring. Perlukan masa juga untuk letaknya.

 Printer baru di pejabat setelah beberapa tahun bekerja. Sebelum ini berkongsi printer. Kali ini dapat baru, mungkin kena tambah kerja.. huhu.. Apa-apa pun syukur alhamdulillah...

10 ulasan:

  1. ya Allah, menakutkan sungguh dengan ular2 ni.. tutup semua lubang dik, terutama lubang kat tandas.. rumah mertua akak dlu masuk kot atap rumah waktu akak buat kerja.. ya Allah waktu tu antara hidup dan mati.. sempat berwasiat dgn kakak ipar mintak jagakan fatimah elok2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berusaha untuk tutup lubang yang ada. Sempat lagi berwasiat yer, kalau saya jerit dan lari lintang pukang jer.. Itupun jika ada laluan nak lari.. hihi..

      Padam
  2. Seram betul kalau ular ni bahaya. Musim panas memang suka masuk ke rumah. Done follow sini.

    BalasPadam
  3. Ya Allah takutnya .. ular berbisa pula tue .. mungkin bau-bau ular sebab tu datang lagi sekor ..

    Wah dapat printer baru . Printer kita sama laa ..CCL pun pakai printer canon ni kt opis .. siap boleh scan dan photostat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah 2 ekor yang masuk ke rumah.. ya ka sama..senangkan bila ada printer sendiri :)

      Padam
  4. Senang sikit printer dok atas meja sendiri kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun, cuma meja menjadi agak sempit.. Buat kerja kena sopan jer agar barang tak terjatuh :)

      Padam