Ahad, 16 Februari 2020

E-Tunai Rakyat RM30

Pada mulanya tak berminat sangat untuk mendaftar e-tunai rakyat RM30. Buat tak tahu sahaja. Tapi apabila lihat rakan sekerja mendaftarnya, baru ada perasaan ingin memohon e-tunai rakyat tersebut. Sebelum ini pernah download aplikasi touch n go dan telah mendaftar. Jadi hanya perlu sahkan dengan mengambil gambar kad pengenalan dan selfie. Tak susah pun cuma ada perasaan malu sedikit. Bukan apa saya jarang sangat selfie jadi gambar pun tak cantik...



Benda pertama yang dibeli menggunakan e-tunai ialah roti. Berbelanja di 7 Eleven. Sekadar untuk mencuba sahaja. Mudah dan cepat. Kemudian saya beli top up RM30 untuk mendapat cashback RM5. Sebelum itu saya perlu masukkan duit dahulu ke dalam akaun touch n go melalui bank online sebab baki wang tidak mencukupi.

Pendek kata saya sudah mendapat 3 kali cashback RM5. Semuanya RM15. Hanya tinggal 3 kali sahaja lagi untuk saya mendapat cashback. Kepada anda yang belum daftar, cubalah.. sekurang-kurangnya dapat membeli top up RM30. Jimat juga bil handphone selama sebulan. Daftar jangan duduk diam jer :)

2 ulasan:

  1. hai singgah sini balas kunjungan awak..

    saya pun tak ada minat lagi untuk daftar, tapi bukan sebab fikir negatif tentang apps ni just malas lagi nak daftar, maybe will daftar soon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daftar jer la..dapat juga tambah nilai handphone :)

      Padam