Ahad, 3 September 2017

Susahnya Hati Bila Tiada Air di Rumah...


Aduh !! Penatnya badan bila tiada air di rumah terutama pada hari raya Aidiladha. Penat tidak terkira rasanya. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit badan dan sakit hati...Sampaikan pada hari raya tidak sempat memakai baju raya kerana terlalu sibuk di dapur menunggu air. Itulah aku pada Aidiladha tahun ini...

Start tiada air pada tengahari sebelum raya iaitu pada 31 Ogos hinggalah pada hari raya kedua. Pada hari raya kedua baru kami menelefon pihak air. Sangka kami air tiada disebabkan raya kerana orang ramai pulang ke kampung, tetapi sangkaan kami meleset sama sekali. Rupa-rupanya rumah kami saja tiada air.

Punca? Puncanya ialah paip air tersumbat. Macam-macam benda jumpa dalam paip air hingga tersumbat. Memang tak sangka itu penyebabnya kerana memang setiap tahun apabila hari raya pasti rumah kami kekurangan air. Jadi memang tak terfikir ke arah itu. Kalau tahu, awal-awal lagi sudah telefon...

Mungkin Allah nak uji kami.. Menguji umatnya sama ada sabar atau tidak dalam menempuh ujian. Alhamdulillah, semuanya kembali baik seperti sedia kala..

Ada satu lagi cerita, adik aku dapat sambung belajar di UiTM Puncak Alam. Aku sangat merinduinya. Oh Tuhan, tolong kuatkan hatiku... Rasa sebak sangat di dada. Tapi itulah dinamakan kehidupan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan